Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja akui salah kasari blogger Amos Yee

Feb 02, 2017 | 09:49 AM



SEORANG remaja bersemuka dengan blogger Amos Yee kerana merakam dirinya dalam videonya. Ini berlaku selepas Amos mengandaikan remaja itu telah mengambil gambarnya, mahkamah diberitahu.



Bryon Loke Thong Ler, 19 tahun, mengejar Amos, 17 tahun, dan mengunci blogger itu dengan memegang tangannya dan menyekat jalannya dengan tubuhnya.



Loke, seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa, mengaku bersalah pada Rabu (1 Feb) menggunakan kekerasan jenayah ke atas Amos di Jurong Point di Jurong West antara 12 dan 12.50 pada 29 Mei tahun lepas.



Hukuman ke atasnya ditangguh sementara menunggu laporan probesen pada 1 Mac.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Teo Lu Jia berkata Loke dan temanitanya berada di sebuah kedai Value Dollar pada hari itu apabila dia berasa Amos melihat dia.



Loke memutuskan mengambil gambar Amos untuk membuktikan bahawa remaja itu sedang "mengekori" dia.



Apabila Amos bertanya, Loke menafikan dia mengambil gambarnya. Loke kemudian perhatikan Amos mengarahkan kamera telefonnya padanya.



Sebelum sempat dia meminta Amos memadamkan video itu, Amos meninggalkan kedai tersebut.



Loke menghalangnya dan memegang tangan remaja itu, manakala Amos cuba membebaskan diri dan menjerit "Tolong saya! Tolong saya!" berulang kali.



Tidak lama kemudian, Amos dapat membebaskan dirinya daripada cengkaman Loke dan berlari ke sebuah pasar raya FairPrice. Loke kemudian menghubungi polis dan berkata Amos merakam dirinya dalam videonya.



Selepas menyedari Amos sudah meninggalkan pasar raya itu, Loke mengejarnya, menarik tangannya dan memeluknya dengan ketat dari belakang.



Beberapa orang di situ menyuruh Loke melepaskan Amos tetapi dia berbuat demikian hanya selepas menerima panggilan telefon daripada Staf Sarjan Low Yong Chin.



Dalam hujah penghukumannya, Cik Teo berkata mesej yang jelas perlu disampaikan bahawa pihak berkuasa tidak akan melindungi individu yang bertindak sewenang-wenangnya dengan menggunakan kekerasan jenayah terhadap orang lain.



Ini walaupun orang lain mungkin membuat mereka berasa marah atau jengkel.



"Hakikat bahawa mangsa buat masa ini tidak berada di Singapura tidak mengurangkan keperluan menyampaikan mesej bahawa seseorang individu tidak harus bertindak sesuka hati," katanya.



Amos sedang memohon suaka politik di Amerika Syarikat.



Hukuman maksimum bagi kesalahan itu ialah penjara tiga bulan dan denda $1,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >