Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja alami cedera parah; perlu jalani prosedur ganti tengkorak

Terlibat dalam nahas semasa tunggang motosikal buat penghantaran makanan
Apr 29, 2021 | 05:30 AM



DISIFATKAN ayahnya sebagai anak yang baik, ceria dan bertanggungjawab, Encik Mohammed Ali Mohammed Kamarruhadi baru sahaja tamat pendidikan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) beberapa bulan lalu dan bakal menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Setelah ayahnya mengalami strok, Encik Ali memutuskan untuk membantu keluarganya menyara hidup dan bekerja sebagai penghantar makanan bersama GrabFood.



Namun pada malam 10 April lalu, pemuda berusia 18 tahun itu terlibat dalam satu nahas jalan raya di Toh Guan Road menuju ke arah Bukit Batok ketika menunggang motosikalnya dalam perjalanan menghantar makanan.



Kemalangan itu menyebabkannya mengalami kecederaan parah termasuk beberapa keretakan tulang serta pendarahan otak.



Berkongsi kepada Berita Harian (BH), ayahnya Encik Mohammed Kamarruhadi, 46 tahun, berkata anaknya kini perlu menjalani prosedur penggantian tengkorak.



Sebelum ini, anaknya itu bertarung nyawa selama 10 hari di unit jagaan rapi (ICU) dan telah menjalani beberapa pembedahan termasuk pembedahan otak.



Bapa tunggal dua anak itu yang sudah tidak lagi bekerja disebabkan keadaan kesihatannya berkata beliau tidak dapat mengungkapkan perasaannya dalam kata-kata ketika anaknya berada di dalam koma sebelum ini.



"Kini apabila beliau sudah membuka mata, saya lega sedikit," ujarnya.



Menerusi pos Facebook yang dimuatnaik abang Encik Ali yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Elfy, beliau berkongsi bahawa kemalangan tersebut telah menyebabkan adiknya untuk menjalani pembedahan otak untuk mengeluarkan sebahagian tengkoraknya dalam usaha untuk mengurangkan tekanan dan menghilangkan darah beku di otaknya supaya dapat menyelamatkan nyawa beliau.



Disebabkan pembedahan itu, pakar bedah saraf menyarankan agar Encik Ali menjalani prosedur untuk menggantikan tengkoraknya dengan tengkorak buatan baru.



"Pasukan perubatan telah menyarankannya kerana Ali masih muda. Penampilan untuk seorang lelaki muda agak penting, dan seperti yang dikatakan doktor, ia mungkin menyebabkan masalah mental lain sebaik sahaja beliau dikeluarkan hospital dan menyedari wajahnya sudah berubah. Sejujurnya, sejauh ini, doktor sudah mengatakan bahawa Ali sedang menunjukkan tanda-tanda kemurungan akibat ketidakupayaannya untuk bergerak dan keadaannya sekarang," kata Encik Elfy, 23 tahun, tentang satu-satunya adik-beradiknya.



Encik Kamarruhadi menambah bahawa anaknya itu kadangkala mempersoal mengapa perkara ini terjadi kepadanya.



"Sebab itulah saya perlu berada bersamanya, membimbingnya, memberinya sokongan moral. Beritahunya, 'Jangan risau adik, semuanya ada hikmah'," katanya.



Encik Ali akan berada di hospital buat masa yang lama, yang menurut Encik Kamarruhadi, sekitar dua hingga bulan lagi.



Encik Elfy yang juga bekerja sebagai penghantar makanan bersama GrabFood berkata: "Saya dan adik saya amat rapat, ada yang sampai ingat kami ini kembar. Saya rindu meluangkan masa bersamanya dan berharap beliau dapat pulih secepat mungkin."




APA KATA SI BAPA



"Sebab itulah saya perlu berada bersamanya, membimbingnya, memberinya sokongan moral. Beritahunya, 'Jangan risau adik, semuanya ada hikmah'."
- Bapanya, Encik Mohammed Kamarruhadi.



APA KATA SI ABANG



"Saya dan adik saya amat rapat, ada yang sampai ingat kami ini kembar. Saya rindu meluangkan masa bersamanya dan berharap beliau dapat pulih secepat mungkin."
- Abang Encik Ali yang hanya dikenali dengan panggilan Encik Elfy sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >