Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja alami serangan jantung susuli vaksinasi beransur pulih: MOH

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



SEORANG budak lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung selepas menerima vaksin Covid-19 pada awal Julai lalu kini dirawat di wad biasa dan sedang "memberi respons sangat positif kepada rawatan", kata pengarah kumpulan strategi dan operasi krisis Kementerian Kesihatan (MOH), Encik Dinesh Vasu Dash, semalam.



Remaja itu rebah di rumah pada pagi 3 Julai, tidak lama selepas satu sesi angkat berat yang berintensi tinggi, enam hari selepas menerima dos pertama vaksin PfizerBioNTech/Comirnaty.



Budak lelaki itu mengangkat berat hampir dua kali lebih berat daripada berat badannya, dan dia juga telah memakan beberapa suplemen kesihatan, kata pengarah khidmat perubatan Singapura, Encik Kenneth Mak, bulan lalu.



Siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca serangan jantung budak lelaki itu. Ia masih tidak jelas sama ada kejadian tersebut berkait dengan vaksinasi.



Pada 15 Julai lalu, MOH memberikan maklumat terkini bahawa remaja itu telah dikeluarkan dari unit penjagaan rapi dan berada dalam wad rawatan separa rapi di bawah unit penjagaan koronari Hospital Universiti Nasional.



Semalam, Encik Dinesh berkata: "Dia berada dalam ICU untuk masa yang agak lama. Mujur dia kini berada kembali ke wad biasa buat masa sekarang dan memberi respons sangat, sangat positif kepada rawatan."



Demikian dikatakan Encik Dinesh ketika berucap dalam satu kuliah secara maya mengenai program vaksinasi Covid-19 Singapura di Kongres Pengurusan Penjagaan Kesihatan Singapura, yang dihadiri sekitar 1,800 pemimpin penjagaan kesihatan di sini dan di luar negara.



Encik Dinesh juga memuji abang remaja itu yang memberikan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) setelah adiknya rebah.



"Pujian harus diberikan kepada abang budak lelaki itu sebab saya rasa abangnya yang membuat CPR awal dan menurut apa yang diberitahu saya, ia benar-benar cemerlang," kata Encik Dinesh.



"Dan pakar profesional yang menjaganya (budak lelaki itu) - saya fikir mereka melakukan tugas yang hebat, dan dia kini sedang beransur pulih," tambah beliau.



"Saya fikir ia secara kebetulan bahawa dia masih sangat muda dan lantas keupayaannya untuk pulih lebih baik dalam kes ini."



Encik Dinesh memberi maklumat terkini mengenai kesihatan budak lelaki itu menyusuli soalan daripada beberapa peserta webinar yang bertanyakan bila kanak-kanak berusia bawah 12 tahun boleh divaksinasi bagi menentang Covid-19.



Beliau menjawab bahawa program vaksinasi mungkin tidak akan dilanjutkan kepada kanak-kanak bawah 12 tahun buat masa ini, tetapi ia mungkin boleh berlaku tahun depan.



"Kami tidak berapa pasti mengenai memvaksin mereka di bawah 12 tahun buat masa ini. Saya rasa ia akan mengambil kami masa untuk melakukannya, mungkin tahun depan, daripada apa yang saya dengar dan lihat," jelasnya.



Remaja berusia 12 tahun dan ke atas boleh mengambil vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, sementara mereka yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengambil vaksin Moderna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >