Remaja berbakat di padang bola imbangi tuntutan pelajaran
Pemain termuda dalam sejarah pasukan bola sepak wanita nasional jaring gol dalam berusia 14 tahun
Dec 20, 2019 | 05:30 AM
SETIAP malam, pelajar Sekolah Menengah Queensway, Putri Nur Syaliza Sazali, hanya dapat melelapkan mata untuk empat jam sahaja.
Dia bangun seawal 5 pagi supaya tidak lewat ke sekolah kerana perjalanan dari rumahnya memakan masa sejam.