Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja conteng grafiti di blok HDB diarah jalani probesen

Jan 26, 2015 | 11:06 AM



SEORANG remaja yang didakwa bersubahat merosakkan atas bumbung sebuah blok HDB di Toa Payoh telah diarah menjalani probesen selama 15 bulan hari ini, Isnin.


David William Graaskov, 18 tahun, mengaku bersalah terhadap tiga daripada enam tuduhan - mencuri empat tin penyembur selain menceroboh masuk Marina Bay Suites dan sebuah tapak binaan di Balestier.


Manakala kes empat rakan subahatnya - Boaz Koh Wen Jie, Reagan Tan Chang Zhi, Chay Nam Shen dan Goh Rong Liang, kesemuanya juga berusia 18 tahun - akan disebut di mahkamah lusa.


Mahkamah Masyarakat diberitahu selepas Graaskov dan rakan-rakannya mencuri tin-tin peyembur itu bernilai $12 daripada sebuah lori yang diletakkan di Lorong 5 Toa Payoh pada 6 Mei lalu, mereka kemudian bersetuju untuk menyembur grafiti atas bumbung Blok 85A, Lorong 4.


Grafiti diconteng di atas sebuah panel dibumbung itu, termasuk beberapa kata-kata makian yang dilemparkan terhadap sebuah parti politik setempat.


Namun, Graaskov tidak mengambil bahagian dalam perbuatan tersebut kerana dia meninggalkan kumpulan tersebut untuk menaiki khidmat bas terakhir untuk pulang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >