Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja cuba rogol wanita ketika dalam probesen

Aug 30, 2016 | 09:02 AM



WALAUPUN dalam probesen kerana menyerang wanita dengan menutup kepala mereka dengan beg plastik, seorang pelajar berusia 18 tahun cuba merogol seorang wanita di kolong blok di kawasan kejiranannya selepas menonton pornografi dalam talian.



Marcus Yow Kai Wen dijatuhi hukuman mandatori minimum penjara lapan tahun dan sebat 12 kali pada Isnin (29 Ogos) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan cuba merogol.



Tiga pertuduhan kesalahan seksual lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Choo Han Teck memberitahu pelajar Institut Pendidikan Teknikal College West itu: "Jelas ada sesuatu tidak betul dengan awak kerana awak melakukan kesalahan jenis ini sejak berusia 16 tahun."



"Jika awak tidak berbuat sesuatu mengenainya dan meminta pertolongan... lain kali awak hadir di mahkamah, awak boleh berada di lokap selama hampir sepanjang hayat dewasa awak."



Selepas Yow dijatuhi hukuman, ibunya, yang menangis, rebah dan dibantu oleh ahli keluarga.



Yow berusia 16 tahun apabila dia menyerang empat wanita berumur 18 hingga 34 tahun, dengan mendekati mereka dari belakang dan menutup kepala mereka dengan beg plastik atau sweater.



Dia diletak di bawah probesen selama 18 bulan pada Disember 2014 kerana menggunakan kekerasan jenayah dan diarah mendapatkan rawatan psikiatri.



Tujuh bulan selepas dikenakan probesen, pada kira-kira 3.20 pagi 26 Julai tahun lepas, dia terangsang untuk merogol selepas menonton video lucah dengan adegan rogol di rumahnya di Choa Chu Kang.



Memakai topi dan cermin mata hitam dan bersenjatakan pembuka surat berbentuk pisau, dia turun ke bawah untuk mencari mangsa.



Yow ternampak seorang wanita berusia 25 tahun, yang dalam perjalanan pulang, di lobi lif blok berhampiran. Wanita itu perasan Yow dan memutuskan tidak menaiki lif tersebut kerana ternyata aneh Yow memakai cermin mata hitam.



Bagaimanapun, Yow mengacukan pembuka surat itu padanya dan mengheret beliau ke kolong blok sebelah. Di situ, dia cuba merogolnya tetapi tidak berjaya.



Yow kemudian melakukan perbuatan seksual ke atas mangsa, yang menurut katanya kerana takut dicederakan.



Wanita itu melarikan diri selepas melihat beberapa pejalan kaki dan menjerit meminta pertolongan.



Yow beredar dari situ, tetapi tertinggal pembuka surat itu dan selipar, yang mangsa ambil.



Mangsa kemudian menghubungi teman lelakinya, yang melaporkan kejadian itu kepada polis.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sellakumaran memberitahu mahkamah serangan itu menyebabkan mangsa kehilangan harga diri. Beliau telah berpindah dari flat ibu bapanya selepas kejadian itu dan hubungan keluarganya kini tegang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >