Remaja curi, perkosa pelacur dijel dan dirotan

SEORANG remaja, dihukum penjara tujuh tahun dan 15 sebatan rotan pada hari Isnin (16 Sept) atas kesalahan mencuri daripada beberapa pelacur dan kemudian merogol salah seorang pelacur itu.

Mendel See Li Quan, seorang penduduk tetap Singapura dari Malaysia yang kini berusia 19 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan merompak mangsa berusia 53 tahun pada 2 Oktober 2017, dan pertuduhan ketiga mencuri $670 daripada mangsa lain pada September 2017.

Bersama dengan dua orang rakannya, Benjamin Yong Dun Zheng dan kekasihnya Chow Chia Suan yang kedua-duanya adalah warga Singapura, berusia 23 tahun - mereka merancang mencuri wang daripada pelacur.

Dalam rancangan mereka, seorang akan bersama pelacur dan yang lain akan mencuri beg pelacur itu  ketika mangsa mereka berada di dalam bilik air.

 Kadangkala, mereka juga akan menyamar sebagai tailong yang berpura-pura mengancam Yong atau See ketika mereka bersama pelacur. 

Menurut the Straits Times, pada 1 Oktober 2017, See telah menghubungi seorang ibu ayam, 53 tahun, untuk mengaturkan khidmat seks daripada seorang pelacur Filipina. Namun, pelacur Filipina itu tidak muncul.

Ini menyebabkan See marah terhadap wanita berusia 53 tahun itu, dan mahu membalas dendam dengan merancang menempah khidmat seks daripdanya. Tetapi sebenarnya, See mahu mencuri daripada mangsanya itu.

Setibanya wanita itu di rumah Yong, Chow dan See kemudian muncul dan mengancamnya seolah-olah Yong berhutang dengan mereka. Chow dan see kemudian mencuri dua telefon bimbit dan wang tunai sebanyak $100.

Setelah itu, wanita itu berputus mahu pulang tetapi See mengambil kesempatan lalu merogolnya sambil mengancamnya dengan sepucuk pencincang. Chow dan Yong pada ketika itu disuruh tunggu di luar bilik tidur itu.

Dalam hukuman, Hakim Valerie Thean berkata See tidak layak untuk diberi latihan pemulihan sahaja kerana keganasan dan kekejamannya sewaktu melakukan jenayah itu.

Namun, peguam yang mewakili See yang menyarankan supaya anak guamnya diberi latihan reformasi dan berkata mahu membuat rayuan terhadap hukuman itu. Ikat jamin See diganda kepada $100,000 sementara menunggu rayuan dibuat.