Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja dipercayai beli kapak dari dalam talian, ada sejarah isu kesihatan mental

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Shanmugam menambah, siasatan awal menunjukkan kemungkinan remaja lelaki itu telah membeli kapak - yang dirampas polis - secara dalam talian.



Beliau juga berkongsi, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberitahu mahkamah bahawa remaja itu mempunyai sejarah isu kesihatan mental sambil menambah fakta sepenuhnya akan hanya diketahui selepas siasatan selesai dijalankan.



"Kami turut meratap bersama dengan ibu bapa pelajar yang terbunuh.



"Adalah sukar untuk menggambarkan sedalam mana kesedihan mereka," kata Encik Shanmugam.



Semasa dibacakan pertuduhannya di mahkamah, pelajar 16 tahun itu yang berbaju polo-T merah dan rambutnya tidak terurus, kelihatan gelisah.



Tertuduh, yang ibu bapanya tiada di mahkamah, diwakili peguam Peter Keith Fernando.



Pihak pendakwa raya telah meminta agar tertuduh ditahan reman di Pusat Perubatan Changi (CMC) untuk menjalani pemerhatian psikiatri.



Pendakwa polis memberitahu mahkamah bahawa siasatan awal mendedahkan tertuduh pernah dinilai di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 2019 selepas cuba membunuh diri.



Remaja lelaki itu kemudian ditahan demi keselamatannya, dirujuk kepada IMH untuk penilaian dan kemudian dibenarkan pulang, kata pendakwa.



"Memandangkan keadaan ini, kami memutuskan yang dia memerlukan penilaian psikiatri," kata pendakwa raya.



Encik Fernando mengesahkan kepada mahkamah bahawa ibu bapa anak guamnya itu telah memberitahu beliau mengenai percubaan remaja itu untuk membunuh diri. Ia berlaku semasa remaja tersebut menuntut di menengah dua.



Remaja lelaki itu akan direman di CMC untuk pemerhatian psikiatri dan dijadualkan hadir di mahkamah pada 10 Ogos.



Mereka yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh boleh dikenakan hukuman mati.



Tetapi mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak akan dikenakan hukuman mati, sebaliknya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.



Di rumah mayat Hospital Besar Singapura (SGH), sebuah van polis dilihat tiba di kawasan pekarangan sekitar 8.45 pagi semalam.



Tiga orang berpakaian hitam telah turun dari kenderaan membawa kotak.



Van polis kedua pula tiba 10 minit kemudian.



Siasatan awal menunjukkan kededua pelajar warga Singapura itu tidak mengenali satu sama lain.



Dalam kenyataannya kelmarin, polis berkata ia menerima satu panggilan kecemasan di RVHS di 6 Boon Lay Avenue sekitar 11.40 pagi.



Setibanya di situ, pegawai polis menemui pelajar lebih muda itu terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas dengan beberapa kesan luka. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.




PM Lee kongsi kepiluan keluarga hilang anak secara tiba-tiba



"Seperti anda semua, saya juga terkejut dengan insiden tragik yang berlaku semalam (Isnin) di Sekolah Tinggi River Valley. Sukar untuk kita memahami apa yang berlaku. Lidah kita kelu kerana kita tidak dapat memahaminya. Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui keluarga mangsa. Pagi semalam, mereka melihat anak mereka yang berusia 13 tahun pergi ke sekolah. Secara tiba-tiba, tanpa amaran, dia meninggalkan mereka selama-lamanya. Saya merasakan kepiluan keluarganya. Saya tahu kita tidak mampu melahirkan rasa simpati yang mencukupi, atau memberi ketenangan kepada mereka dalam kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini. Namun, saya harap mereka sedar bahawa ingatan dan doa kita adalah untuk mereka... Polis masih lagi menyiasat kes ini, untuk mendapatkan punca di sebalik tragedi tersebut, dan sekiranya sesuatu boleh dilakukan untuk mengelakkannya daripada berlaku. Biarlah polis menyelesaikan tugas mereka. Usahlah kita memburukkan lagi trauma dan kepiluan yang dirasai keluarga-keluarga yang terjejas dengan spekulasi dan khabar angin. Kita menitikberatkan keselamatan di sekolah-sekolah kita, dan kesejahteraan guru dan pelajar. Sistem pendidikan kita bukan hanya mengenai kelakonan akademik yang baik, tapi juga membantu kanak-kanak membesar sebagai insan yang bahagia dan dapat menyesuaikan diri. Jika kakitangan atau pelajar tahu mengenai pelajar lain yang dalam kesusahan atau menghadapi tekanan, beritahu pengetua atau kaunselor sekolah. Mereka akan bekerjasama dengan keluarga pelajar itu untuk menyediakan bantuan."



- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam catatannya di Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >