Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan panel Editor

Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel wartawan BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.
Feb 07, 2021 | 05:30 AM



Remaja ditahan di bawah ISA papar ancaman pengganasan kekal nyata dan berbahaya



PENAHAN seorang remaja berusia 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Disember lalu mengejutkan ramai orang.



Apakan tidak.



Remaja India warga Singapura yang beragama Kristian Protestan itu merupakan individu pertama yang ditahan di sini hasil dipengaruh ideologi pelampau sayap kanan.



Dia juga yang termuda ditahan di bawah ISA bagi kegiatan berkaitan pengganasan.



Ancaman yang beliau timbulkan bukanlah berpandukan niat atau laungan kosong semata-mata.



Sebaliknya, bahaya timbul daripada persiapan rapi yang telah dijalankan untuk melakukan serangan ke atas dua masjid di sini pada 15 Mac ini.



Tarikh yang dipilih juga bukanlah secara kebetulan - ia bersempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.



Sumber inspirasinya pula adalah pengganas ketuanan kulit putih Brenton Tarrant, yang membunuh 51 orang dalam serangan ke atas masjid di bandaraya itu pada 2019 dan ditayangkan secara langsung di alam maya.



Mujurlah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) tangkas bertindak.



Yang nyata, penangkapan ini mencerminkan keupayaan dan kesungguhan pihak berkuasa dalam menjalankan amanah menjaga keselamatan awam sepanjang berdekad lamanya.



Ia juga menunjukkan kesediaan pihak berkuasa menyesuaikan pendekatan pemulihan berdasarkan keadaan semasa.



Misalnya, ISD berkata pihaknya telah menyesuaikan pendekatan pemulihan mereka dengan adanya trend golongan muda yang mudah terpengaruh dengan ideologi pengganasan.



Khusus bagi kes melibatkan belia, ISD berkata sedang keutamaan terus diberi untuk menangani salah tanggapan ideologi yang menyumbang kepada pemikiran radikal mereka, pihaknya juga memberi perhatian bagi menangani faktor bukan ideologi yang menyebabkan mereka menjadi radikal.



Ini termasuk menyemai dalam diri mereka rasa kekitaan dan identiti, kemahiran pemikiran kritikal untuk mentafsir retorik radikal dalam talian serta daya tahan mental menangani tekanan yang mereka hadapi.



Menurut ISD pendekatan tersebut "menyeluruh, intensif dan jangka panjang".



Pengubahsuaian ini telah dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tambah ISD.



Yang nyata, penahanan yang terbaru ini tidak akan menjadi insiden yang terakhir.



Ancaman pengganasan telah lama menghantui kita dan episod ini memberi peringatan jelas bahawa ia kekal nyata dan berbahaya.



Justeru, kita tidak mampu bergantung kepada ketangkasan pihak berkuasa untuk melindungi anggota masyarakat semata-mata.



Sebaliknya, kejayaan bergantung kepada kemampuan dan kesediaan kita semua - individu, ibu bapa dan badan masyarakat - memainkan peranan untuk menjamin keselamatan bersama.




Tinjauan: Warga SG masih konservatif tapi kini mula dipengaruhi unsur liberal



WARGA Singapura rata-rata masih konservatif tetapi mula dipengaruhi beberapa unsur-unsur liberal dalam kehidupan mereka.



Contohnya, mereka masih mengamalkan pendirian konservatif terhadap isu-isu seperti homoseksualiti, seks kasual, pengguguran dan pelacuran tetapi lebih bersedia menerima unsur kehidupan seperti perceraian, seks sebelum nikah, hukuman mati dan eutanasia (memilih kematian).



Demikian antara dapatan Tinjauan Nilai Dunia (WVS) yang dibentangkan dalam laporan Our Singaporean Values (Nilai Singapura Kita) oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) baru-baru ini.



Laporan itu mengkaji respons seramai 2,012 peserta Singapura, merangkumi warga dan penduduk tetap.



Tianjauan itu meninjau perubahan dalam kepercayaan awam dan kesan sosio-politik ke atas masyarakat.



Ia mendapati hubungan keluarga, menjaga ibu bapa dan bekerja sebagai satu kewajipan terhadap masyarakat kekal sebagai nilai-nilai yang penting.



Pada masa yang sama, penduduk di sini menolak keras perbuatan seperti pengganasan, rasuah dan mencuri.



Dari segi kepercayaan, lebih 80 peratus menyatakan Tuhan penting dalam kehidupan.



Bagaimanapun, bilangan yang berkata Tuhan tidak penting telah meningkat dalam tempoh dua dekad - dari 9.4 peratus (2002) kepada 13 peratus (2012) dan 18.2 peratus (2020).



Dapatan seperti ini penting kerana bakal digunakan sebagai antara panduan dalam menggubal dasar-dasar kebangsaan pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >