Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja ditahan polis selama 14 jam akibat bedak

Nov 25, 2019 | 02:24 PM



SEORANG remaja hanya ingin menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan di hotel, namun akibat salah faham, beliau dan rakan-rakannya diberkas dan ditahan lebih 14 jam.



Di Instagramnya, Cik Sharonia Paruntu berkongsi bahawa beliau ditahan polis selama 14 jam setelah bedak yang dibawa ke W Singapore di Sentosa Cove disalah anggap sebagai dadah oleh salah satu kakitangan hotel.



Polis memberitahu The New Paper (TNP) bahawa pada 10 November, pada jam 9.29 pagi, mereka dimaklumkan mengenai bahan serbuk putih, disyaki dadah, terjumpa di dalam bilik di W Singapore.



Seorang lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 dan 19 tahun, yang menghuni bilik itu, kemudian diberkas kerana disyaki membawa dan mengambil dadah terkawal.



Polis berkata: “Mereka dibebaskan tanpa syarat pada 1.43 pagi pada 11 November setelah ujian awal menunjukkan bahawa serbuk putih dan sampel kencing mereka negatif bagi dadah.”



Encik Rajan Supramaniam, peguam jenayah kanan, memberitahu TNP bahawa prosedur ujian boleh mengambil beberapa jam kerana spesimen harus dihantar ke Penguasa Sains Kesihatan (HSA)  untuk ujian dan ini memakan masa.



Beliau berkata polis harus mematuhi protokol, dan selagi ada sebab untuk syak, polis harus melakukan tugas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >