Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja ditangkap berhubung kes tipu tiket konsert di Carousell

Apr 18, 2019 | 03:44 PM



SEORANG remaja berusia 18 tahun ditangkap kerana didakwa terlibat dalam sekurang-kurangnya 11 kes tipu dalam talian menjual tiket konsert Ed Sheeran, Maroon 5 dan Blackpink.



Mangsanya memberi respons kepada iklannya bagi tiket tersebut di laman jual beli Carousell.



Namun, mereka tidak menerima tiket yang dipesan selepas membuat bayaran kepadanya menerusi pemindahan bank.



Menerusi satu kenyataan hari ini (18 April), polis berkata mereka menerima beberapa laporan daripada mangsa antara 13 Februari dengan 2 Mac lalu.



Remaja tersebut ditangkap oleh pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) semalam. Dia dipercayai menipu mangsa sebanyak $5,400.



Remaja itu akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >