Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja ditangkap kerana disyaki tipu jual tiket festival muzik dalam talian

Sep 16, 2016 | 02:54 PM



POLIS telah menangkap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes penipuan pembelian dalam talian.



Polis menerima beberapa laporan antara 23 Ogos dan September 5 daripada mangsa yang mendakwa ditipu penjual yang menawarkan tiket diskaun dalam talian bagi Festival Muzik Ultra.



Festival muzik tarian dua hari itu berlangsung di Bayfront Avenue pada 10 dan 11 Sep, dan tiket asal dijual pada harga antara AS$115 ($157) dan AS$190 ($259) di laman web festival muzik itu. Ia memaparkan nama terkenal dalam dunia muzik tarian elektronik, termasuk superstar Norway, DJ-penerbit Kygo, dan deadmau5 dari Canada.



Selepas bayaran dibuat oleh mangsa, suspek menghilangkan diari.



Menyusuli siasatan oleh pegawai Polis Divisyen Tanglin, suspek ditahan di Jalan Chegar pada Khamis (15 Sep).



Dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat, polis mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikut apabila membuat pembelian dalam talian:



- Buat pembelian dalam talian daripada vendor terkemuka. Jika bayaran pendahuluan diperlukan, lakukan urus niaga dengan orang yang anda kenali dan percayai.



- Pastikan orang atau syarikat yang menjual berada di tempat yang mereka dakwa mereka berada. Semak rekod penjual dan tanya pada pelanggan lain mengenai perkhidmatan yang diterima mereka.



- Jangan sekali-kali memberi nombor akaun bank, nombor kad kredit dan maklumat peribadi anda kepada orang tidak dikenali atau tidak dipercayai. Juga, jangan beri sembarang maklumat yang tidak perlu bagi membuat pembelian.



- Harus sedar bahawa penipu boleh menggunakan akaun bank tempatan bagi sesuatu transaksi untuk meningkatkan kredibiliti mereka. Pemilik akaun bank mungkin bukan orang yang berkomunikasi dengan anda dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >