Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Remaja dituduh bunuh bapa keluar IMH, boleh temu peguam

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



REMAJA berusia 19 tahun yang dituduh membunuh bapanya di Yishun telah menyelesaikan remannya untuk penilaian psikiatrik dan kini boleh bertemu peguamnya.



Sylesnar Seah Jie Kai hadir di mahkamah melalui pautan video semalam.



Pihak pendakwaan telah meminta penangguhan kes yang lebih lama kerana terdapat laporan lain yang belum selesai.



Pemuda itu dituduh membunuh bapanya, Encik Eddie Seah Wee Teck, 47 tahun, pada 10 Oktober lalu, antara tingkat empat dengan tingkat lima Blok 653, Yishun Avenue 4, di mana mereka tinggal.



Peguam Sylesnar Seah, Cik Joyce Khoo, telah memohon mahkamah agar Sylesnar Seah dapat bertemu peguamnya.



Hakim Daerah Terence Tay berkata memandangkan reman pemuda itu di Institut Kesihatan Mental (IMH) telah tamat, mereka kini berhak untuk bertemunya.



Kes telah ditangguhkan ke 31 Januari 2023.



Mangsa dan isterinya, yang berkahwin pada 1994, adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang berurusan dalam pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah.



Mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.



Pada petang 10 Oktober, polis menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan dan mendapati mangsa terbaring tidak bergerak di luar sebuah flat. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Mereka yang disabit kesalahan membunuh menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >