POLIS sedang meminta maklumat mengenai Muhammad Zulhelmi Muhammad Nadzlie, 13 tahun, yang terakhir dilihat di Punggol Drive pada 7 April kira-kira 6 petang.
Muhammad Zulhelmi berbadan kurus, berkulit cerah, berambut hitam dan pendek, dan setinggi 1.6 meter. Dia dilihat memakai kemeja-T kuning, seluar pendek merah dan membawa beg berwarna biru dan jingga.