Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja lakukan pelbagai jenayah sepanjang tiga tahun

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN masih remaja ketika itu, dia melakukan beberapa jenayah antara 2018 dan tahun ini, termasuk mencuri dua motosikal dalam kejadian berasingan.



Lelaki itu, yang mencecah usia 20 tahun awal bulan ini, kemudian menaiki kenderaan tersebut walaupun tidak mempunyai lesen untuk berbuat demikian.



Dia telah mengaku bersalah bagi 10 pertuduhan, termasuk ugutan jenayah dan pelbagai pertuduhan mencuri. Empat belas pertuduhan lain akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah sebelum ini meminta laporan untuk menilai kesesuaiannya menjalani latihan pemulihan akhlak dan dia pada mulanya dijangka dijatuhi hukuman semalam.



Kesnya telah ditangguh ke bulan depan.



Pemuda itu, yang hadir di mahkamah melalui pautan video, tidak boleh dinamakan kerana dia berusia 16 tahun ketika memulakan jenayah itu pada September 2018.



Menurut dokumen mahkamah, dia memasuki sebuah rumah di Clementi pada 6 September tahun itu dan mencuri wang tunai $5.



Sejak itu, dia terus melakukan pelbagai kesalahan, termasuk mencuri dan menyerang.



Dia mencuri motosikal pertama pada 3 Ogos tahun ini.



Dia sedang berjalan di Tah Ching Road di Jurong pada hari itu apabila menyedari ada kunci dalam suis sebuah motosikal yang tidak dijaga.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Theong Li Han berkata: "Tertuduh kemudian memutuskan mencuri motosikal itu. Tertuduh menghidupkan enjin motosikal itu dan mula menunggangnya, dengan niat pergi ke Telok Blangah.



"Bagaimanapun, tertuduh terbabas dan terjatuh dari motosikal dalam jarak singkat. Tertuduh kemudian meninggalkan motosikal itu dan menaiki bas ke Telok Blangah."



Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang merupakan pemilik sah kenderaan itu, kemudian menemuinya di kawasan kejiranan yang sama dan beliau membuat laporan polis. Pesalah itu ditahan tidak lama kemudian.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang berlaku seterusnya tetapi pemuda itu sedang berjalan di Telok Blangah sembilan hari kemudian apabila dia ternampak motosikal kedua, yang mempunyai kunci di suis kerana pemiliknya terlupa mengambilnya



Pesalah itu kemudian mencuri kunci dan meninggalkan premis itu.



Dia kembali beberapa hari kemudian, menggunakan kunci untuk menghidupkan motosikal itu dan menunggangnya ke Ghim Moh.



DPP berkata pemuda itu turut membenarkan dua rakannya menaiki kenderaan tersebut, walaupun mereka itu tidak mempunyai lesen untuk berbuat demikian.



Pemilik motosikal kedua membuat laporan polis pada 22 Ogos lalu.



Dalam kejadian yang tidak berkaitan tahun lalu, pesalah mengeluarkan sebilah pisau dan menggunakannya untuk mengugut seorang budak lelaki berusia 14 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >