Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja lelaki 16 tahun mengaku ambil video bawah skirt

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun semalam mengaku bersalah atas tuduhan mengintip setelah merakam video 'upskirt' atau dari bawah skirt pelajar perempuan di tempat awam.



Dia akan mencari pelajar yang memakai seragam sekolah di tempat seperti perhentian bas dan stesen MRT, dan menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video tersebut.



Sekurang-kurangnya seorang mangsanya masih di sekolah rendah apabila tertuduh melakukan kesalahan itu antara 2019 dan tahun ini.



Walaupun dua telefon bimbitnya dirampas oleh polis semasa siasatan, warga Malaysia itu menggunakan dua alat lain untuk merakam lebih banyak video, lapor The Straits Times.



Nama remaja itu, seorang penduduk tetap Singapura, tidak boleh disiarkan kerana dia berusia di bawah 18 tahun dan identitinya dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.



Identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan.



Tiga tuduhan lain, termasuk menghina maruah mangsa dengan memintanya untuk mendedahkan dirinya, akan dipertimbangkan semasa hukuman.



Mahkamah mendengar bahawa beberapa video yang dirakam itu disimpan dalam folder yang memerlukan kata kunci untuk diakses.



Dua telefon bimbit remaja itu dirampas pada 10 Januari tahun lalu setelah polis mula menyiasatnya.



Polis mengambil tindakan setelah aduan yang diterima oleh ibu seorang mangsa berusia 12 tahun, yang mendakwa bahawa tertuduh telah cuba menyentuh punggung anak perempuannnya.



Tetapi remaja itu kemudian merakam lebih banyak video menggunakan dua telefon bimbit lain yang dimilikinya.



Dia menyasarkan seorang gadis berusia 13 tahun di dalam lif pada 1 September tahun lalu.



Gadis itu akhirnya menyedari tertuduh memegang telefon bimbit di bawah skirtnya dan bergegas meninggalkan lif. Dia membuat laporan polis pada keesokan harinya.



Pada 14 April lalu, dua telefon bimbit remaja itu juga dirampas oleh polis.



Dokumen mahkamah menyatakan bahawa sebanyak 58 video upskirt disimpan dalam tiga telefon bimbitnya. Sebilangan besar mangsa yang dirakam telah memakai seragam sekolah.



Remaja itu kemudian dinilai oleh seorang psikiatri dari Institut Kesihatan Mental yang mendapati tertuduh mengalami rangsangan seksual daripada tindakannya itu tetapi dia tidak mengalami penyakit mental dan sikapnya "tidak memenuhi kriteria bagi penyakit mengintip".



Semalam, Hakim Daerah Kessler Soh meminta laporan untuk menilai kesesuaian remaja itu menjalani probesen.



Kesnya akan didengar lagi pada 9 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >