Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja lelaki samar sebagai pekerja seks wanita dalam talian tipu lelaki $3,200

Jan 28, 2019 | 05:59 PM



SEORANG remaja lelaki berpura-pura menjadi pekerja seks wanita di dalam talian, menipu 16 lelaki sejumlah $3,200 apabila mereka cuba mendapatkan khidmatnya.


 


Pelajar politeknik  Lee Chao Hunt, 19 tahun, mengaku bersalah di mahkamah hari ini (28 Jan) atas lima tuduhan menipu. Tuduhan itu melibatkan lima mangsa yang telah memindahkan lebih $1,000 secara keseluruhan.


 


Baki 12 tuduhan melibatkan 11 lagi lelaki dan tambahan $2,200 akan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan. Seorang lelaki ditipu dua kali.


 


Lee membuka dua akaun di rangkaian iklan kecil dalam talian Locanto dengan berpura-pura menjadi pekerja seks wanita dengan persona rekaan 'Jess' atau 'Alicia'.


 


Lee mengeluarkan iklan dan menawarkan khidmat seksual sebagai pertukaran bagi wang tunai.


 


Dia berjanji menemui mangsa untuk mengadakan hubungan seks atau menghantar video lucah melibatkan Jess atau Alicia dengan syarat mangsa memindahkan $200 ke akaun banknya.


 


Selepas menerima wang itu, Lee tidak mengendahkan mesej mereka dan tidak hadir bagi pertemuan yang telah dijanjikan.


 


Lee kini dibebaskan dengan ikat jamin $15,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 25 Februari. 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >