Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja maut dihempap struktur bola keranjang

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja berusia 17 tahun meninggal dunia setelah satu struktur bola keranjang di Bedok menimpanya malam kelmarin.



Polis berkata mereka dihubungi sekitar 8.45 malam dan menemui remaja yang cedera itu di sebelah struktur yang sudah jatuh berdekatan Blok 18 Bedok South Road.



"Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, di mana beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya," kata polis.



Polis sedang menyiasat kes kematian luar biasa itu.



Dalam kenyataannya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia membawa remaja itu ke Hospital Besar Changi (CGH) dan melakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) semasa dalam perjalanan ke sana.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, semalam, meluahkan kesedihannya atas kejadian tragik itu dan berkata beliau telah mengunjungi keluarga remaja itu.



"Kata-kata tidak dapat menggambarkan sepenuhnya apa yang mereka sedang lalui. Kehilangan mendadak ini amat sukar untuk keluarga dan rakan-rakannya. Kami sedang memberi mereka sokongan penuh kami, dan saya menggesa semua agar tidak menyebarkan video atau gambar kejadian tersebut," katanya, menulis di Facebook.



Encik Heng, yang juga Anggota Parlimen GRC East Coast, menambah bahawa majlis bandaran sedang memeriksa struktur rekreasi dan sukan di East Coast.



Menulis di Facebook semalam, Majlis Bandaran East Coast berkata:



"Berdasarkan maklumat awal yang diterima, sebuah struktur gelung bola keranjang telah jatuh dan menimpa salah seorang pengguna gelanggang itu.



"Demi keselamatan penduduk kami, kami telah menutup gelanggang bola keranjang itu dengan segera untuk menjalankan pemeriksaan teliti ke atas semua struktur di sana."



Meluahkan simpati kepada mangsa dan keluarganya, ia berkata mereka akan bekerjasama rapat dengan agensi yang relevan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka.



Majlis bandaran itu berkata mereka sedang bekerjasama dalam siasatan polis dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai apa yang berlaku supaya menghubungi Divisyen Polis Bedok di 1800-244-0000.



Dalam satu video yang dimuat naik pengguna Facebook Ak Ong yang ditukil akhbar Cina Lianhe Wanbao lewat kelmarin, struktur gelung bola keranjang itu dilihat telah tercabut sepenuhnya.



Beberapa pejalan kaki berada di kawasan itu sedang paramedik menjalankan CPR ke atas remaja itu yang terbaring di gelanggang tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >