Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Remaja ngaku salah laku serangan, penyalahgunaan dadah

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja yang pernah wakili Singapura di Sukan Belia Para Asia mengaku bersalah atas beberapa kesalahan termasuk serangan dan penyalahgunaan dadah.



Pemuda itu, yang kini berusia 18 tahun, tidak boleh dinamakan kerana dia baru berusia 17 tahun ketika lakukan beberapa kesalahan.



Butiran tentang keadaan dan acara sukannya juga tidak boleh didedahkan kerana ini boleh membawa kepada pendedahan identitinya.



Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA).



Pada 3 Mei tahun lalu, dia menawarkan diri untuk menyelesaikan pertelingkahan bagi pihak rakannya dengan bertengkar dengan seorang remaja berusia 18 tahun.



Pesalah dan remaja itu kemudian mula bergaduh di gelanggang bola sepak jalanan di Boon Lay.



Pesalah itu menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.



Mereka meninggalkan kawasan itu tidak lama kemudian.



Mangsa kemudian pergi ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) di mana beliau ditemui mengalami patah tulang muka.



Ibunya kemudian membuat laporan polis keesokan harinya.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang berlaku seterusnya, tetapi pesalah itu berada di Boon Lay Place pada 13 Julai tahun lalu apabila polis menerima laporan bahawa dia telah memakan bahan yang disifatkan sebagai "cendawan".



Beberapa pegawai menahannya beberapa minit kemudian dan dia ditemui dengan serbuk coklat yang dibalut dengan kertas.



Serbuk itu kemudian didapati mengandungi bahan yang terdapat dalam ganja sintetik.



Sampel air kencing tertuduh kemudian didapati turut mengandungi kesan dadah terkawal.



Remaja itu dijangka dihukum pada 6 Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >