Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja Russia yang belajar di S'pura antara kes import Covid-19 baru: MOH

Nov 20, 2020 | 10:38 PM



SEORANG remaja lelaki yang menuntut di sekolah swasta dan mempunyai sejarah perjalanan dari Russia adalah antara empat kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikesan pada Jumaat (20 Oktober). 



Menjelaskan demikian, Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Jumaat malam berkata belia 18 tahun itu adalah pemilik pas lawatan jangka pendek.



MOH turut mengenal pasti satu kes melibatkan seorang lelaki Singapura berusia 38 tahun yang kembali ke sini dari Sweden.



Dua lagi kes import merupakan pemegang permit kerja yang bertugas di sini dan memiliki sejarah perjalanan dari Indonesia.



Tiada kes jangkitan tempatan dikesan.



Sementara itu, enam kes masih dirawat di hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 26 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Satu kes pula berada di Unit Jagaan Rapi (ICU). Sebanyak 31 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan pengasingan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >