Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja S'pura didakwa setelah ugut bunuh pemain bola sepak EPL dan keluarganya di Britain

May 03, 2021 | 06:51 PM



SEORANG remaja warga Singapura didakwa di mahkamah setelah dia dikatakan mengugut untuk membunuh pemain bola sepak, Neal Maupay, yang merupakan penyerang dengan Brighton dalam Liga Perdana Inggeris.


Mahkamah pada Isnin (3 Mei) diberitahu bahawa Derek Ng De Ren, yang kini berusia 19 tahun, juga dituduh mengancam untuk membunuh keluarga pemain bola sepak itu.


Pemain itu dan keluarganya berada di Britain ketika ancaman itu dibuat pada Jun dan Julai tahun lalu.


Menurut laporan awal, Liga Perdana telah memberitahu Pasukan Polis Singapura setelah siasatannya menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab atas "penganiayaan dalam talian yang serius" terhadap Encik Maupay itu berada di Singapura.


Menurut laporan mahkamah, Ng mengirim ugutan itu melalui Instagram ketika berada di Singapura.


Dalam satu mesej pada 24 Jun, Ng dikatakan berkata: "Kau fikir kau terlepas setelah mencederakan Leno? Tidak mungkin... Tapi jangan bimbang kau akan selamat kau tidak akan terluka.


"Lebih seronok melihat kau merasa sakit apabila orang tersayang kau menderita."


Beberapa hari sebelum itu pada 20 Jun, Encik Maupay telah menjaringkan gol kemenangan menentang Arsenal dalam satu perlawanan yang melihat penjaga gawang Arsenal, Bernd Leno, dibawa keluar dari padang dalam keadaan cedera setelah bergelut dengan pemain Perancis itu.


Dalam mesej lain pada 26 Jun, Ng didakwa berkata: "Keluarga kau akan diserang nanti, tunggu saja."


Pada 1 Julai, Ng dikatakan menghantar Encik Maupay satu lagi mesej yang berbunyi: "Kau fikir dengan melaporkan akaun aku, kau selamat? Aku akan membunuh kau dan keluarga kau."


Mahkamah diberitahu pada Isnin bahawa Ng merancang mengaku bersalah di atas tuduhan-tuduhan yang dihadapinya.


Kesnya ditangguhkan ke 31 Mei.


Bagi setiap tuduhan gangguan, pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >