Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja sumbang tenaga bahagi bubur, pek habuan

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



BAGI sukarelawan Muhammad Syafi Yazid, 17 tahun, beliau percaya sebagai seorang pelajar, beliau perlu menggunakan masa lapang dengan melakukan kerja bermanfaat seperti yang melibatkan masyarakat.



Justeru itu beliau gembira dapat menyumbangkan tenaganya secara aktif di badan amal di bawah pimpinan masyarakat belia (UQYL,) Masjid Yusof Ishak - antara yang terlibat dalam projek pembahagian bubur dan pek habuan kepada penduduk Admiralty baru-baru ini.



"Saya berharap agar dapat mendekati masyarakat dan berharap dengan kehadiran sukarelawan seperti saya, mereka yang menerima bantuan ini tidak berasa sunyi dan terabai.



"Saya juga berharap masyarakat Melayu/Islam akan makmur dan bangkit daripada cabaran yang mungkin mereka hadapi akibat Covid19," kata pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu.



Hampir 250 keluarga kurang bernasib baik di kawasan undi Admiralty telah menerima bubur dan pek habuan yang diagihkan oleh Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair hujung minggu lalu.



Projek pengagihan bubur dan pek habuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dari Kelab Masyarakat Ace The Place Admiralty.



Program tahunan itu bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat.



Ini dapat direalisasikan hasil kerjasama kumpulan akar umbi MAEC bersama Masjid Yusof Ishak yang menaja bubur Ramadan, serta Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) yang menajakan pek habuan.



Pek habuan itu mengandungi barangan kebersihan dan perlindungan serta penjagaan kesihatan.



Seramai 20 relawan dari akar umbi Kelab Masyarakat ACE The Place MAEC, Masjid Yusof Ishak, Persatuan Eurasia dan RLAF turut hadir bersama Encik Vikram untuk berkongsi semangat Ramadan serta pengagihan bubur dan pek habuan yang berlangsung di Blok 693E, Woodlands Avenue 6.



Encik Vikram berkata, beliau menghargai tajaan bubur dari Masjid Yusof Ishak dan pek habuan RLAF yang boleh membantu memastikan keluarga selamat daripada dijangkiti Covid-19 terutama menjelang Hari Raya Puasa.



"Sudah agak lama penduduk Islam menyambut Hari Raya Puasa tanpa sekatan yang ketat akibat Covid-19.



"Saya turut gembira mereka dapat menyambut Hari Raya Puasa tahun ini dengan lebih meriah kerana kelonggaran langkah pengurusan selamat sejak 29 Mac lalu," ujarnya.



RLAF dalam satu kenyataan berkata, penajaan pek habuan itu adalah sebahagian daripada projek 'Blessings to All', satu inisiatif untuk membawa keceriaan perayaan kepada keluarga dan individu kurang bernasib baik.



Projek yang bermula pada 2021 itu bertujuan berkongsi keberkatan bulan Ramadan bersama keluarga dan individu yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau latar belakang.



Tahun ini, 7,000 isi rumah dijangka menerima pek habuan itu.



Masjid Yusof Ishak turut menyatakan bahawa penajaan bubur itu bertujuan untuk meraikan dan berkongsi keberkatan Ramadan dengan penduduk serta membawa keceriaan dan kegembiraan semasa berpuasa dan berbuka puasa.



"Kami juga memberikan 500 tab bubur kepada orang ramai setiap hari di masjid kami dan menyediakan ruang untuk pekerja sementara berbuka puasa dengan kurma dan air botol.



"Kami juga mengagihkan barangan runcit kepada penerima zakat di kawasan berhampiran masjid kami."



Bagi penerima bubur dan pek habuan Cik Khadijah Bi Abdullah, 62 tahun, beliau berasa terharu dengan bantuan yang dihulur oleh projek pengagihan bubur dan pek habuan itu.



Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, beliau yang tidak bekerja dan tinggal seorang diri telah menjalani dua pembedahan.



Seringkali, beliau menghadapi kesulitan kerana tidak mempunyai sesiapa untuk menjaganya terutama sekali ketika sekatan Covid-19 yang telah dikuatkuasakan dalam tempoh itu.



"Memandangkan saya berkerusi roda, ia amat mencabar bagi saya untuk berada di tempat yang sesak dan saya bersyukur kerana jiran sebelah saya dapat memasakkan makanan untuk saya," katanya.




"Saya berharap agar dapat mendekati masyarakat dan berharap dengan kehadiran sukarelawan seperti saya, mereka yang menerima bantuan ini tidak berasa sunyi dan terabai."
- Muhammad Syafi Yazid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >