Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja tahanan ISA dibebaskan, kini jalani Arahan Sekatan

Jan 24, 2022 | 07:39 PM



SEORANG remaja yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini telah dibebaskan dengan Arahan Sekatan (RO) bulan ini.



Malah sejak dibebaskan, beliau juga telah berjaya menyertai kursus pengajian pilihannya di sebuah institusi pos menengah.



Menerusi satu kenyataan pada Isnin (24 Januari), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata Daniel (bukan nama sebenar), yang menjadi radikal oleh seorang kontak asing menerusi dalam talian untuk menyokong kumpulan militan ISIS dan membantu dengan kegiatan pengganas mereka, ditahan di bawah ISA pada Januari 2020.



Ketika itu, beliau seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun. ISD telah bekerja rapat dengan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) bagi pemulihan Daniel dan untuk membetulkan ideologinya yang radikal.



“Daniel telah menyambut baik usaha ini dan telah mencapai kemajuan besar dalam pemulihannya,” ujar ISD.



Dari segi agama, ISD berkata sesi setiap bulan bersama kaunselor agama RRG telah membantu Daniel mempertingkat ilmu agamanya dan membetulkan tanggapan salahnya tentang ideologi radikal yang beliau pelajari daripada propaganda ganas ISIS.



Tambahnya, Daniel juga lebih memahami konteks berbilang kaum dan agama Singapura. Seorang pakar psikologi turut bekerjasama dengan Daniel untuk mengurangkan kemungkinan beliau mudah terjejas dengan pengaruh radikal sementara mentornya, yang juga seorang kaunselor RRG, memainkan peranan membimbingnya dari segi matlamat peribadi beliau dan memberinya dorongan dalam proses pemulihannya.



Sebagai sebahagian usaha memastikan Daniel dapat bersepadu semula dalam masyarakat selepas dibebaskan, beliau juga diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya dan menduduki peperiksaan nasional semasa dalam penahanan.



Antara lain, beliau mendapat sokongan tuisyen yang meluas daripada relawan RRG yang merupakan guru yang dilatih oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan telah mencapai peningkatan besar dalam prestasi akademiknya.



Daniel meraih empat kepujian bagi empat daripada lima subjek bagi peperiksaan GCE peringkat Normal (Teknikal) pada 2020 dan lulus semua subjek bagi peperiksaan GCE peringkat Normal (Akademik) tahun lalu.



Malah menurut ISD, hubungan Daniel bersama keluarganya kini juga lebih rapat. Mereka sering melawatnya semasa beliau ditahan dan menyokongnya dalam proses pemulihan beliau.



Tambahnya, ISD akan terus bekerjasama dengan RRG dan ACG untuk membantu Daniel menyesuaikan diri semula dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >