Rencam menarik si bunga ANGGERIK

Dengan corak, bentuk dan warna, anggerik mempunyai daya pikat tersendiri. Baik di majlis keramaian, perkahwinan mahupun kematian, antara bunga yang dipersembahkan ialah anggerik. Singapura sendiri memilih sejenis anggerik, Vanda Miss Joaquim, sebagai bunga nasional sejak 1981. Seorang pencinta anggerik berkongsi pengetahuan dan pengalamannya mengenai keunikan bunga istimewa ini, cara penjagaan dan bagaimana ia dikacukkan. Laporan SUHAIMI MOHSEN (suhaimi@sph.com.sg).

KUNJUNGAN orang kenamaan luar negara ke negara ini sering diisi dengan kunjungan ke Taman Anggerik Negara di Kebun Bunga Singapura, dengan sejenis bunga anggerik dinamakan sempena nama mereka.

Tahun lalu misalnya, anggerik Papilionanda Xi Jinping-Peng Liyuan dinamakan sempena kunjungan Presiden China Xi Jinping dan isterinya, Cik Peng Liyuan.