Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Sedih... lebih setahun berpisah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AYAH IBU DI JOHOR BAHRU

Sedih... lebih setahun berpisah

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Mac 2021, manakala pemerintah Singapura pula telah beralih ke Fasa Tiga dalam langkah keselamatannya menangani wabak Covid-19. Pengumuman ini telah sedikit sebanyak menjejas kehidupan rakyat dari kedua-dua negara ini, terutama sekali mereka yang terpaksa berpisah dari ahli keluarga. Tetapi, satu prosedur operasi standard (SOP) baru yang sedang dibincangkan antara Malaysia dengan Singapura untuk membolehkan rakyat dari dua negara ini melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan membawa sedikit harapan. BERITA MINGGU menemu ramah seorang rakyat Malaysia dan dua rakyat Singapura yang sedang melalui situasi ini.
Jan 10, 2021 | 05:30 AM

BAGI warga Singapura, Cik Siti Nurlia Ahmad Subari, 29 tahun, beliau sudah biasa berulang-alik antara Singapura dengan Malaysia. Ini kerana keluarganya sudah menetap di Johor Bahru sejak zaman sekolahnya lagi.

Beliau berpindah ke Singapura selepas berumah tangga pada 2016.

Oleh itu, boleh dikatakan beliau sudah biasa berjauhan daripada ibu bapanya.

Maka, semasa wabak Covid-19 mula berleluasa di rantau ini, beliau sudah menjangka perjalanan ke luar negara akan disekat dan sangkaannya tepat apabila kerajaan Malaysia mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu.

"Memang sedih, namun perkara ini sudah dapat dijangka kerana wabak ini sedang berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja antara Malaysia dengan Singapura. Walaupun sudah biasa berjauhan, situasi sekarang ini sangat berbeza kerana hampir setahun tidak berjumpa ibu dan ayah," jawabnya ketika ditanya tentang perasaannya apabila sempadan ditutup.

Sebelum wabak ini berlaku, mereka akan berjumpa sekurang-kurangnya seminggu sekali pada hujung minggu. "Tetapi saya bersyukur kerana keluarga besar saya dan keluarga suami berada di sini walaupun ibu dan ayah berada di seberang," tambah Cik Siti lagi.

Dalam tempoh ini, komunikasi dengan ibu bapa tidak pernah putus.

Ibu muda kepada tiga anak kecil itu akan sentiasa membuat panggilan telefon atau video sekurang-kurangnya sekali setiap hari untuk mengetahui perkembangan ibu bapanya.

Ini juga adalah salah satu cara untuk anak-anaknya 'bertemu' datuk dan nenek mereka. "Mereka selalu bertanya bila boleh ke rumah datuk dan nenek di Johor," kata Cik Siti.

Ditanya bagaimana menyambut musim perayaan tanpa ibu bapa, beliau mengaku memang agak sayu kerana pertama kali harus meraikannya tanpa keluarga tersayang. Kerana Hari Raya Puasa tahun lepas jatuh semasa tempoh pemutus litar, maka beliau dan suami, Encik Muhammad Haiqal, 31 tahun, juga tidak dapat ke rumah mentuanya.

"Kami membuat panggilan video di pagi Raya. Agak janggal juga kerana biasanya keluarga kami akan bertemu di pagi Raya, sambil bersalaman dan menikmati hidangan Hari Raya bersama, tetapi pengalaman ini adalah sesuatu yang baru buat kami semua," imbas Cik Siti.

Cik Siti juga bersyukur kerana tiada perkara serius yang berlaku ke atas keluarganya semasa tempoh ini. Meskipun demikian, beliau sudah tentu rindu untuk bersua muka dan bersalaman dengan ibu bapa tercinta.

Apabila ditanya tentang prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan untuk membolehkan rakyat Singapura dan Malaysia melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan yang sedang dalam perbincangan antara kedua-dua negara baru-baru ini, beliau mengalu-alukan berita ini.

Bagi dirinya pula, Cik Siti berkata:

"Buat masa ini, saya belum ada keperluan untuk menyeberang ke Malaysia. Keadaan juga masih belum selamat sepenuhnya, jadi saya tidak mahu mengambil risiko itu."

Beliau juga mengambil pendirian yang pragmatik mengenai situasi wabak ini.

"Secara jujur, saya rasa lebih elok jika perjalanan antara negara-negara dihentikan seketika dan orang ramai mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan negara masing-masing untuk menghindari wabak ini menjadi semakin teruk."

Dengan itu beliau berharap keadaan sekurang-kurangnya dapat kembali normal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3