Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DEKAT DI MATA DEKAT DI HATI: KERJA DI MALAYSIA KELUARGA DI SINGAPURA

Lepas rindu tengok SG dari Johor

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN mereka sudah menetap di Malaysia selama 12 tahun, Singapura akan sentiasa menjadi rumah pertama bagi Encik Riduwan dan keluarganya. Mereka adalah warga Singapura



Encik Riduwan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muse Group Pte Ltd, sebuah agensi pemasaran kreatif, sering pulang ke Singapura bukan sahaja untuk bertemu pelanggan dan rakan kongsi tetapi juga keluarganya hampir setiap dua minggu.



Namun, dengan sekatan pergerakan untuk melintasi sempadan, Encik Riduwan menyatakan bahawa keluarganya belum pulang sejak Januari tahun lalu kerana penularan wabak Covid-19.



Rindu keluarga serta rakan-rakannya di Singapura, beliau sering melihat Singapura dari jauh ketika berada di Johor ketika menghadiri mesyuarat di sana.



Walaupun beliau yang tinggal di KL telah menjangkakan bahawa perintah kawalan pergerakan (MCO) dilanjutkan baru-baru ini dengan jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat, Encik Riduwan berkata beliau tidak sangka ia akan dijalankan selama tiga bulan.



"Untuk tahap tertentu, saya sudah jangkakan bahawa MCO akan dikenakan semula.



"Tetapi saya jangka hanya berlangsung selama dua hingga tiga minggu sahaja.



"Saya rasa ini berlaku kerana ramai sekarang sudah keluar seperti biasa. Mungkin mereka tidak berjaga-jaga dan sekarang ia telah mencetuskan gelombang jangkitan baru, kata beliau yang berusia 50 tahun.



Menurut Encik Riduwan, keluarganya sering pulamg ke Singapura sekurang-kurangnya empat kali setahun semasa cuti sekolah anak-anaknya.



Tambahnya, kadangkala beliau mungkin akan pulang sekerap dua minggu sekali ketika hadiri mesyuarat bersama klien dan perlu berjumpa klien serantaunya.



Berkongsi dengan lebih lanjut, Encik Riduwan berkata sejak menetap di Malaysia, beliau sebelum ini tidak pernah tidak pulang ke Singapura untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Namun, tahun lalu merupakan kali pertama keluarganya tidak dapat berkumpul bersama keluarga besar mereka.



"Memang tahun lalu Hari Raya rasa macam tidak ada 'mood'. Memang tidak meriah seperti tahun-tahun sebelum ini ketika kami berpeluang pulang ke Singapura.



"Agak sedihlah juga tidak dapat berjumpa bersemuka, meluangkan masa bersama dan bertanya khabar," kata anak sulung daripada empat adik beradik itu.



Meskipun tidak dapat berjumpa bersemuka akibat sekatan pergerakan ini, beliau menjelaskan bahawa mereka sering memanfaatkan teknologi untuk terus menghubungi keluarga dan rakan-rakan di Seberang Tambak.



"Kami sering menelefon, membuat panggilan video untuk mengubat rindu.



"Buat sementara, ini sahaja yang kami dapat lakukan. Tidak dapat berjumpa bersemuka, berjumpa dalam alam maya pun jadilah," kata bapa dua orang anak perempuan itu.



Di tanya mengenai harapannya k masa akan datang, Encik Riduwan berkata sekiranya keadaan semakin pulih dan sempadan di buka semula, beliau merancang untuk pulang ke tanah air pada April ini.



"Kami sekeluarga memang tidak sabar untuk pulang. Kita sangat merindui Singapura dan orang yang kita sayangi.



"Memang ada teknologi untuk menghubungi mereka tetapi saya rasa ia tidak dapat menggantikan hubungan secara fizikal.



"Sekarang saya hanya boleh memandu ke Johor untuk melihat Singapura dari jauh. Mudah-mudahan pada masa akan datang kita dapat bersatu semula," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >