Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09

Pasangan Melayu/Islam raih sokongan lebih kukuh tetapi terlalu awal nilai kesan pada perceraian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Pasangan Melayu/Islam raih sokongan lebih kukuh tetapi terlalu awal nilai kesan pada perceraian

May 22, 2022 | 07:51 AM

Kerjasama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - di bawah rangka kerja M Kuasa Tiga (M3) - bertujuan mempertingkatkan kehidupan masyarakat Melayu/Islam. Usaha itu mempunyai empat bidang tumpuan - perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak; individu dan keluarga rentan; memperkasa dan bimbing belia; serta pekerjaan dan daya kerja. BERITA MINGGU mewawancara Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang menerajui FA1 dan FA2. Wawancara ini sebahagian daripada siri rencana Berita Harian/Berita Minggu mengenai M3.


SEJAK tiga tahun lalu, pasangan Melayu/Islam meraih sokongan lebih kukuh sebelum dan di awal perkahwinan mereka, tetapi buat masa ini terlalu awal untuk menilai jika sokongan itu berkesan dalam mencegah perceraian.

Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang berkata hasil program 'Bersamamu' - yang diperkenalkan pada 2019 untuk pasangan mahu bernikah - mungkin hanya dilihat dalam beberapa tahun.

"Kami berharap dalam tahun-tahun akan datang program ini akan mengurangkan kadar perceraian.

"Ini tidak akan berlaku semalaman. Tetapi apa yang penting ialah usaha membina sistem sokongan yang kukuh untuk perkahwinan," ujar Dr Faishal.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) mengenai program dan inisiatif di bawah rangka kerja M Kuasa Tiga (M3).

Menurut perangkaan Jabatan Statistik Singapura, bilangan perceraian melibatkan pasangan Islam ialah 1,598 pada 2020, merosot daripada 1,697 pada 2019 dan 1,682 pada 2018.

Trend kemerosotan juga dilihat di peringkat nasional dengan sebanyak 6,959 perkahwinan berakhir dengan perceraian atau pembatalan pada 2020, satu kemerosotan 8.7 peratus berbanding 7,623 kes sedemikian pada tahun sebelumnya.

Ini merupakan angka terendah kes perceraian dan pembatalan perkahwinan sejak 2006.

Laporan oleh Jabatan Statistik itu menyebut pandemik Covid-19, termasuk langkah semasa tempoh Pemutus Litar (CB) Covid-19, sebagai faktor yang mungkin menyebabkan kemerosotan tersebut.

Dengan situasi yang tidak menentu disebabkan Covid-19, kadar perceraian juga perlu dipantau lagi dalam beberapa tahun akan datang apabila keadaan lebih stabil untuk menilai keberkesanan pelbagai program itu, kata Dr Faishal.

USAHA MEMPERKUKUH KELUARGA ISLAM

Program 'Bersamamu' merupakan satu program utama untuk memperkukuh keluarga Melayu/Islam di bawah Bidang Tumpuan Pertama (FA1) M3 - Perkahwinan, Keibubapaan, dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Ideanya dicetus oleh Ustaz Pasuni Maulan bersama sekumpulan kadi dan naib kadi, untuk membimbing pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.

Pasangan berpeluang bertemu dengan naib kadi dalam sesi bersemuka (f2f) sebelum pernikahan mereka untuk mendapatkan bimbingan, bahkan terus mendapatkan nasihat dan bimbingan naib kadi itu hingga dua tahun pertama perkahwinan mereka.

Lebih 15,000 pasangan telah meraih manfaat daripada program 'Bersamamu' sejak pelancarannya pada 2019.

Sejauh ini, maklum balas yang diberikan oleh pasangan, ibu bapa serta kadi dan naib kadi mengenai program itu juga "amat positif", kata Dr Faishal.

Namun, antara maklum balas daripada naib kadi untuk mempertingkatkan program itu adalah penggunaan kit maklumat yang boleh membantu mereka untuk merujuk pasangan kepada pelbagai sumber untuk mengharungi cabaran perkahwinan mereka, termasuk dari segi bantuan kewangan dan sokongan lain.

Kata Dr Faishal, satu lagi maklum balas yang diterima daripada kadi dan naib kadi adalah untuk meningkatkan usaha memupuk keluarga penyayang dan mencegah keganasan.

Justeru, kadi dan naib kadi menjalani latihan kesedaran keganasan keluarga untuk mengenal pasti tanda-tanda atau 'red flags' yang menunjukkan pasangan mungkin menghadapi isu ini dan merujuk mereka kepada bantuan sewajarnya.

Selain itu, golongan kadi dan naib kadi mengenal pasti pasangan yang memerlukan sokongan lanjutan lain, dan merujuk mereka kepada Projek Achieving Resilient and Inspiring Families (Projek Arif).

Disokong Yayasan Temasek, program itu akan menyediakan bimbingan keagamaan, perkahwinan, perubatan dan keibubapaan oleh kumpulan naib kadi, kakitangan masjid dan karyawan penjagaan kesihatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Program tersebut - satu kerjasama antara Yayasan Temasek, KKH, dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai sebahagian program 'Bersamamu' - telah dilancarkan pada Mac 2021.

Dengan program 'Bersamamu' dan 'Projek Arif', pasangan Melayu/Islam kini meraih sokongan yang lebih kukuh sebelum dan di awal perkahwinan mereka, dengan asatizah juga memainkan peranan lebih aktif.

Perbezaan dahulu dan sekarang adalah ketara, kata Dr Faishal.

"Dahulu, bila kadi datang, semua orang senyap kerana takut dan segan. Kadi jalankan nikah, ambil gambar dan kemudian balik.

"Tetapi sekarang, pasangan benar-benar dapat berinteraksi dengan kadi dengan lebih rapat," kata Dr Faishal.


PANDANGAN DR FAISHAL

SISTEM SOKONGAN KUKUH BAGI PERKAHWINAN
"Kami berharap dalam tahun-tahun akan datang program ini akan mengurangkan kadar perceraian.
ni tidak akan berlaku semalaman. Tetapi apa yang penting ialah usaha membina sistem sokongan yang kukuh untuk perkahwinan.''

WAKTU NIKAH DULU DAN SEKARANG
"Dahulu, bila kadi datang, semua orang senyap kerana takut dan segan. Kadi jalankan nikah, ambil gambar dan kemudian balik.
Tetapi sekarang, pasangan benar-benar dapat berinteraksi dengan kadi dengan lebih rapat."'


GLOSARI M KUASA TIGA (M3) - BIDANG TUMPUAN 1 (FA1) DAN FA2 

M KUASA TIGA (M3): Kerjasama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu/Islam.

EMPAT BIDANG TUMPUAN (FA):

  • FA1: Sokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak;
  • FA2: Sokong individu dan keluarga rentan;
  • FA3: Perkasa dan bimbing belia;
  • FA4: Pekerjaan dan Daya Kerja.

ANTARA INISIATIF DI BAWAH FA1 DAN FA2:

Bersamamu: Naib kadi bimbing pasangan dari sebelum bernikah hingga 2 tahun perkahwinan.

Projek arif: Projek Achieving Resilient and Inspiring Families (Arif) sedia bimbingan agama, perkahwinan, perubatan dan keibubapaan oleh naib kadi, kakitangan masjid dan karyawan penjagaan kesihatan kepada keluarga yang perlu sokongan lanjutan.

Kelasmatematika@cc: Perkasa ibu bapa mempersiap anak bagi darjah satu.

Responder pertama perkahwinan (MFR): Pemimpin masjid, pemimpin agama dan pemimpin masyarakat dilatih beri nasihat dan bantuan perkahwinan asas kepada pasangan yang hadapi masalah rumah tangga.

FA2:

Fitrah: Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) bantu bekas pesalah Muslim pulih dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rangkaian MMO: Rangkaian Badan Melayu/Islam (MMO) yang menghimpunkan pertubuhan dalam bidang pemulihan dan integrasi semula banduan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3