Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu positif Covid-19 bersama bayi, yakin S'pura di landasan betul

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



SAKIT yang ditanggung secara fizikal tidaklah begitu teruk jika dibandingkan dengan 'sakit' yang dialami dek berjauhan dengan keluarga.



Cik Faezah Misngadi, 31 tahun, mula bimbang apabila mendapat tahu bahawa beliau dan anak perempuannya telah berhubung rapat dengan salah seorang anggota keluarga mereka yang dijangkiti Covid-19.



Sebelum itu, jiwa beliau sudah mula bergelora apabila melihat keadaan anaknya, yang baru berusia sebulan ketika itu, yang tiba-tiba "lain macam".



"Najis anak saya ketika itu mula berlendir dan warnanya juga lain daripada biasa," kata beliau semasa ditemui wartawan.



Bagi meredakan hatinya yang gundah, Cik Faezah mengambil ujian pantas antigen (ART) untuk dirinya dan bayinya.



Mereka diuji negatif, namun terus mengasingkan diri kerana telah dikenalpasti sebagai berhubung rapat dengan pesakit Covid-19 sambil kerap mengambil ujian ART.



Hanya kira-kira seminggu kemudian, pada hari kesembilan dan ke-10, kedua-dua anak dan ibu disahkan positif.



"Suhu tubuh anak saya meningkat sehingga 38.2 darjah Celsius. Esoknya saya pula mula demam dan batuk dan kemudian diuji positif," ujar beliau lagi.



Kerana usia bayinya yang masih kecil, mereka berdua telah menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Universiti Nasional (NUH) selama tujuh hari, diikuti seminggu lagi pengasingan di rumah.



Cik Faezah, seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, berkata setiap hari tanpa gagal, jururawat NUH akan membuat panggilan untuk memeriksa keadaan beliau dan bayinya.



"Mereka akan menjawab apa jua pertanyaan saya mengenai penyakit ini. Walaupun dalam pengasingan di rumah, jururawat terus membuat panggilan video setiap hari, dan kerana itu saya benar-benar berterima kasih. Alhamdulillah," katanya lagi.



Menceritakan lebih lanjut, Cik Faezah berkata selain demam dan batuk pada beberapa hari pertama, keadaan kesihatan beliau dan bayinya tidak begitu teruk.



"Cabaran paling sukar bagi saya semasa pengasingan adalah berjauhan daripada keluarga. Saya masih boleh menahan sakit fizikal, namun berjauhan dengan anak dan suami adalah amat sukar bagi saya.



"Pernah, saya menangis kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga," kata Cik Faezah, yang mempunyai seorang lagi anak, seorang bayi lelaki berusia tiga tahun.



Cik Faezah berkata, dek tempoh perpisahan secara mendadak itu, anak lelakinya itu tidak boleh berjauhan dengan beliau sekarang.



"... dia macam jadi sangat terikat dengan saya sampai saya tidak boleh berjauhan dengan dia," tambah beliau, yang telah menerima dos pertama vaksin ketika dijangkiti.



Meskipun dengan kes yang melonjak saban hari, Cik Faezah yakin Singapura sedang berada di landasan yang betul ke arah Covid-19 yang endemik, lebih-lebih lagi kebanyakkan pesakit hanya mengalami simptom ringan.



"Hakikatnya, ada kemungkinan bahawa sebahagian besar rakyat akan dijangkiti dan virus ini akan diklasifikasikan sebagai virus flu biasa. Itulah harapan kita semua," tambah beliau.




Cabaran paling sukar bagi saya semasa pengasingan adalah berjauhan daripada keluarga. Saya masih boleh menahan sakit fizikal, namun berjauhan dengan anak dan suami adalah amat sukar bagi saya. Pernah, saya menangis kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga... Hakikatnya, ada kemungkinan bahawa sebahagian besar rakyat akan dijangkiti dan virus ini akan diklasifikasikan sebagai virus flu biasa. Itulah harapan kita semua."

- Cik Faezah Misngadi, 31 tahun, guru pendidikan awal kanak-kanak,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >