Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenali budaya berbeza sebelum bina mahligai

Perayaan Tahun Baru Cina beri peluang kepada jejaka faham lebih dalam amalan tradisi pasangan
CNY
Feb 01, 2022 | 05:30 AM



Tahun harimau dalam kalendar Cina bermula hari ini, dan permulaan baru itu mempunyai pelbagai makna berbeza bagi ramai orang. Bagi segelintir dalam masyarakat Melayu, sambutan itu membuka peluang untuk mengenali budaya orang Cina dan memahami adat serta tradisi mereka. Mereka yang lahir dalam tahun harimau pula seronok mendapat tahu haiwan tahun kelahiran mereka kembali tahun ini. BERITA HARIAN melaporkan erti Tahun Baru Cina dan tahun harimau bagi dua anak Melayu dalam laporan berikut.




SALAH satu aspek yang paling bermakna dalam sambutan Tahun Baru Cina adalah bagaimana tradisi perayaan itu menerapkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan.



Bagi Encik Muhammad Raihan Rahim, semangat rasa tersebut melangkaui perbezaan kaum, selama beliau menyambut Tahun Baru Cina bersama pasangannya, Cik Ng Xueli, 26 tahun.



Mereka mula meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama sejak 2018, yang menurut Encik Raihan, sesuatu yang dinanti-nantikannya setiap tahun.



Menyertai amalan tradisional seperti lo hei dan melawat saudara-mara, kata Encik Raihan, 28 tahun, memberinya peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya Cina.



Walaupun beliau pernah belajar tentang adat dan budaya Cina ketika menonton televisyen dan video dalam talian, ia berbeza berbanding dengan mengalaminya sendiri, tambah beliau.



Salah satu perkara yang menjadi kegemarannya pada perayaan itu adalah lo hei, iaitu melambung yusheng yang dibuat daripada sayur-sayuran.



"Huat Ah!" seru Encik Raihan sambil ketawa.



"Ini salah satu pepatah Cina yang saya sering dengar semasa melambung yusheng.



"Semasa berkumpul di meja makan, agak menarik melihat bagaimana mereka mengucapkan kata-kata perangsang seperti 'selamat maju jaya' dan 'kesejahteraan serta kesihatan yang baik' sambil melambung sayur-sayuran itu.



"Memang meriah dan kecoh, tetapi ia memberi saya kesan yang positif," katanya sambil menambah bahawa suasana itu tersebut tetap tidak pudar walau di tengah-tengah penularan Covid-19.



Sebagai seorang Muslim, Encik Raihan juga amat menghargai hubungan yang dijalin bersama keluarga Cik Ng kerana mereka amat memahami meskipun mereka berbeza agama.



Perbezaan agama tidak semestinya menjadi penghalang, katanya, malah ia boleh merapatkan hubungan keluarga jika semua menghormati antara satu sama lain.



Salah satu contoh adalah keluarga Cik Ng, yang menyediakan makanan khas baginya semasa beliau berkunjung ke rumah mereka.



"Sejujurnya saya selalu berasa syukur apabila keluarga Xueli berusaha untuk mencari makanan halal seperti 'bakwa ayam' dan menyediakan perkakas yang berlainan untuk saya.



"Mereka sentiasa berusaha untuk memaastikan saya selesa dan juga dapat menikmati makanan-makanan yang istimewa," katanya, seorang ahli terapi sukan di The Rehab Lab.



Selain makan bersama, Encik Raihan turut merapatkan hubungan kekeluargaan melalui kegiatan seperti bermain kad.



Cik Ng pula berkata, melihat Encik Raihan mesra bersama keluarganya membuatnya gembira.



"Saya seorang yang sangat menghargai dan memerhatikan tradisi.



"Mengamalkan perayaan ini merupakan cara kami berkumpul dan ia memberi kesan yang sangat sentimental kepada saya, jadi penting baginya menyertai perayaan seperti ini," kata Cik Ng, seorang perunding kewangan kanan di Prudential.



Encik Raihan memberitahu Berita Harian, beliau dan Cik Ng merancang untuk melangsungkan pertunangan mereka tahun ini. Oleh itu, jelasnya, semakin penting baginya untuk memahami pasangannya dengan lebih mendalam melalui perayan seperti ini.



"Ini adalah masa bagi saya untuk memahami pasangan saya dengan lebih mendalam melalui budayanya dan pada masa yang sama juga mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga baru saya pada masa akan datang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >