Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih sukar dapat kerja

Golongan berkeperluan khas perlukan bantuan dan persefahaman dari majikan
Jul 12, 2022 | 05:30 AM



Walaupun golongan berkeperluan khas mungkin menghadapi cabaran dalam berinteraksi dengan orang lain, mengingati maklumat dan membuat keputusan, mereka tetap berhak bekerja serta menjalani kehidupan berdikari dan bermakna. BERITA HARIAN mewawancara APSN, MINDS dan SG Enable bagi memahami bantuan yang dihulurkan untuk membantu golongan keperluan khas mencari pekerjaan.BH juga mewawancara seorang individu autisme, bagi memahami cabaran yang hadapi di tempat kerja dan bagaimana beliau mengatasinya.




CIK NURSYAHIRA MALIK, 24 tahun, gemar membuat beberapa jenis biskut berperisa bersama rakan-rakannya di Pusat APSN Untuk Orang Dewasa. Beliau menghasilkan kira-kira 1,000 biskut setiap hari yang dijual di 'APSN Cafe for all'. Kafe itu dikendalikan oleh golongan berkeperluan khas.



Cik Nursyahira antara pelajar di Pusat APSN Untuk Orang Dewasa dan pusat-pusat serupa, yang menyediakan golongan berkeperluan khas untuk dunia pekerjaan demi hidup secara berdikari.



Namun, mereka menghadapi pelbagai halangan yang menjadikan proses mendapat pekerjaan amat mencabar, menurut pusat-pusat dan agensi yang terlibat dalam usaha sedemikian yang dihubungi Berita Harian (BH).



Pusat-pusat tersebut ialah APSN, Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) dan SG Enable.



Menurut Encik Philip Li, Ketua Kanan di Pusat APSN Untuk Orang Dewasa, golongan berkeperluan khas dewasa mempunyai keyakinan diri yang rendah, sukar berinteraksi dengan orang, sukar ingat maklumat dan sukar buat keputusan.



"Cabaran-cabaran seperti ini menjejas kehidupan harian mereka. Walaupun ada majikan yang menyokong golongan ini, masih ada yang belum bersedia untuk bekerjasama dengan golongan berkeperluan khas ini," kata Encik Li.



Menurutnya, golongan tersebut mempunyai kekuatan masing-masing, seperti kesetiaan dan kecekapan apabila membuat tugas berulang.



"Oleh itu, mereka sepatutnya diberi peluang untuk bekerja dengan baik dan menjalani kehidupan yang bermaruah dan berdikari," kata Encik Li.



APSN, Minds dan SG Enable menawarkan pelbagai program latihan vokasional, program penempatan pekerjaan dan sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan. Program-program tersebut mendedahkan para peserta kepada pelbagai industri berbeza seperti makanan & minuman (F&B), hortikultur, runcit dan logistik.



Usaha-usaha tersebut telah membantu lebih ramai orang kurang upaya mendapat kerja.



Di Parlimen baru-baru ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata kadar pekerjaan antara golongan berkeperluan khas berusia 15 hingga 64 tahun meningkat dari 28.2 peratus pada tempoh 2018 hingga 2019, kepada 30.1 peratus pada tempoh 2020 hingga 2021. Gaji mereka juga meningkat sebanyak 2.7 peratus setelah mengira inflasi.



Di Minds, terdapat empat program berbeza yang fokus kepada peserta dewasa yang telah memanfaatkan sekurang-kurangnya 400 individu.



Menurut Encik Bryan Lim, pengarah untuk perkhidmatan di pusat-pusat Minds, "Bilangan pelajar yang telah berjaya ditempatkan dalam program-program tersebut telah meningkat. Misalnya, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mula pada Mei 2020 dengan 24 pelajar dari satu pusat pembangunan pekerjaan meningkat kepada 194 di empat pusat berbeza."



'Enabling Academy' oleh SG Enable, mempunyai 110 kursus latihan dan program yang membantu golongan kurang upaya yang mahu meningkatkan kebolehpasaran masing-masing.



Antara 2014 dengan 2021, SG Enable dan syarikat rakan kongsi dalam penempatan kerja membantu menempatkan lebih 3,500 pelanggan dalam pekerjaan.



SG Enable juga berusaha menyediakan majikan untuk meningkatkan keterangkuman di tempat kerja. Ini melalui akreditasi 'Enabling Mark' dan menarik sebanyak 600 syarikat untuk latihan menyepadukan pekerja kurang upaya.



Encik Tan Eng Tat, Pengarah bagi bahagian pekerjaan dan kebolehkerjaan di SG Enable, berkata:



"Kami berbesar hati melihat ramai majikan, dalam sektor awam dan swasta, memupuk budaya inklusif di tempat kerja dan menyediakan tempat kerja yang munasabah."




"Cabaran-cabaran seperti ini (keyakinan diri yang rendah, sukar berinteraksi dengan orang, sukar ingat maklumat dan sukar buat keputusan) menjejas kehidupan harian mereka.



Walaupun ada majikan yang menyokong golongan ini, masih ada yang belum lagi sedia untuk bekerjasama degan golongan berkeperluan khas.''
- Encik Philip Li, Ketua Kanan di Pusat APSN Untuk Orang Dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >