Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

'Tiga anak lelaki! Tak penat ke?'

Wartawan muda kongsi pengalaman asuh tiga anak lelakinya yang semua berusia bawah 12 tahun
Nov 01, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali apabila saya memberitahu orang yang tidak saya kenali bahawa saya mempunyai tiga orang anak, tiada reaksi ketara daripada mereka.



Paling tidak mereka hanya katakan, saya masih kelihatan muda dan langsing bagi seorang ibu muda kepada tiga orang anak.



Tetapi, apabila saya menambah dengan menyatakan ketiga-tiga anak saya lelaki, akan ada perubahan pada raut wajah mereka.



Respons yang mereka berikan mungkin biasa-biasa sahaja tetapi intonasi pada cara respons itu diberikan membawa seribu satu macam makna.



"Wah! Tiga lelaki!" antara reaksi mereka dengan penekanan diberikan kepada nombor tiga.



Intonasinya juga seakan menggambarkan beberapa perasaan termasuk rasa terkejut bercampur kagum dan simpati.



Bukan apa, seperti yang kita maklum menjaga seorang anak lelaki bukan sesuatu yang mudah apatah lagi kalau ada "Tiga Abdul" berderet, mendahagakan perhatian anda.



Anak lelaki sering dikaitkan dengan karakter yang sukar dikawal, tidak tahu menjaga kebersihan, agresif, aktif dan terlalu bising.



Atas dasar itulah ramai yang tidak saya kenali akan memberikan reaksi sedemikian apabila mendapat tahu ketiga-tiga anak saya lelaki.



"Mesti susahkan? Penat tak?" soalan susulan yang kerap saya terima.



Selalunya saya hanya tertawa, juga ketawa yang membawa seribu satu macam makna.



Rasa penat itu memang tidak dapat dinafikan, tetapi perjalanan membangunkan keperibadian mereka dan mengemudi corak pemikiran mereka mengenai sesuatu perkara, merupakan sesuatu yang bermakna dan memberi kepuasan.



Menurut Dr. Michael Thompson, penulis buku 'Raising Cain: Protecting the Emotional Life of Boys', kebanyakan budak lelaki dalam semua budaya di serata dunia seringkali lebih banyak bergusti atau wrestle, bergaduh dan perlu bergerak dengan banyak.



Dan ini saya rasa, ada kebenarannya.



Oleh kerana ketiga-tiga anak saya di bawah usia 12 tahun dan perlu banyak bergerak, saya sengaja tidak mempunyai meja di ruang tamu.



Dengan keadaan pandemik di mana kerap kali mereka terperap di rumah, ruang tamulah merupakan "medan" mereka bermain "perang, mengejar satu sama lain dari ruang tamu ke dalam bilik dan ke ruang tamu lagi atau menjadi kawasan "periuk api" yang dipenuhi dengan "batu-bata" berwarna-warni yang dipanggil Lego.



Jika mereka perlukan ruang lebih luas, saya akan mengarah mereka bermain di luar - sama ada bermain skate scooter, papan gelungsur, kasut roda, berenang atau paling mudah sekali suruh mereka berlari.



Saya pernah terbaca bahawa aktiviti fizikal sedemikian menggalak kecelikan minda yang sihat selain memupuk hubungan yang positif dan mengeluarkan endorfin pada tubuh badan, yang sekali gus dapat mewujudkan rasa positif dan gembira pada diri sendiri.



Melakukan aktiviti sedemikian juga pada saya, adalah lebih baik daripada duduk melekat di depan skrin bermain 'game'.



Namun, di sebalik keadaan rumah yang riuh-rendah dan sifat anak lelaki yang biasanya lasak, terdapat juga sesuatu sifat yang jarang dilihat ramai.



Meski sudah penat bermain seharian, mereka masih mempunyai tenaga untuk datang kepada anda sebelum tidur untuk mengucapkan selamat malam, mencium, mendakap dan mengucapkan ungkapan "I love you Mama" kepada anda.



Atau mereka sanggup mengorbankan apa yang mereka suka untuk memberi laluan kepada sesuatu benda yang saya suka.



Mereka juga akan terus memberi sokongan kepada adik-beradik yang lain bagi setiap pencapaian kecil yang diraih, tidak segan silu meminta maaf jika mereka melakukan kesilapan atau mengucapkan perkara mudah seperti terima kasih sebagai menghargai usaha saya menyediakan makan meski sudah penat bekerja sehari suntuk di depan komputer.



Apa pun ragam anak, apa yang saya pelajari sebagai seorang ibu sepanjang 10 tahun lalu ialah untuk terus kekal tenang di tengah kekecohan.



Memang lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan.



Tetapi, inilah sesuatu yang perlu saya pelajari sepanjang hayat.



Seperti setiap ibu bapa, harapan mereka terhadap anak-anak tidak kira lelaki mahupun perempuan ialah mendidik mereka membesar menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat selain menyayangi dan mempunyai sifat empati terhadap orang lain.




Anak lelaki sering dikaitkan dengan karakter yang sukar dikawal, tidak tahu menjaga kebersihan, agresif, aktif dan terlalu bising.



Atas dasar itulah ramai yang tidak saya kenali akan memberikan reaksi sedemikian apabila mendapat tahu ketiga-tiga anak saya lelaki.



Apa pun ragam anak, apa yang saya pelajari sebagai seorang ibu sepanjang 10 tahun lalu ialah untuk terus kekal tenang di tengah kekecohan.



Memang lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan.



Tetapi, inilah sesuatu yang perlu saya pelajari sepanjang hayat.
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >