PERMOHONAN untuk rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia bagi pemegang pas kerja jangka panjang dan mereka yang perlu merentas untuk urus niaga penting dan kunjungan rasmi bakal bermula 10 Ogos.
Namun, mereka yang merentas di bawah dua skim untuk kunjungan jangka pendek dan panjang perlu mematuhi langkah berjaga-jaga ketat sebelum, semasa dan sesudah kunjungan itu.
Kami senaraikan langkah-langkah keselamatan itu:
UNTUK SEMUA YANG MERENTAS
- Dapatkan pengesahan dari pihak berkuasa negara yang ingin dikunjungi melalui permohonan dari majikan, syarikat atau agensi pemerintah.
-Lalui ujian Covid-19 sejurus tiba
ATURAN PERJALANAN BERKALA
-Skim ini adalah untuk pengunjung jangka panjang yang bersedia untuk kekal di negara yang dikunjungi itu untuk sekurang-kurangnya 90 hari bagi tujuan bekerja
-Individu tidak boleh membuat permohonan untuk memasuki Singapura di bawah skim ini. Majikan perlu menghantarkan permohonan tersebut mewakili pekerja mereka.
-Mereka yang tiba di Singapura di bawah skim ini perlu diuji untuk Covid-19 sejurus tiba dan menjalani arahan jangan keluar rumah (SHN) sekurang-kurangnya tujuh hari. SHN ini boleh dijalani di hotel, apartmen atau kediaman seorang diri.
-Pekerja atau majikan perlu membayar kos ujian Covid-19 dan tempoh SHN.
LALUAN HIJAU SALINGAN
-Skim ini diperuntukkan bagi kunjungan jangka pendek sehingga 14 hari untuk urus niaga penting atau kunjungan rasmi.
-Mereka yang merentas bagi tujuan ini perlu melakukan di bawah syarikat atau agensi pemerintah di negara yang dikunjungi, yang boleh memfailkan surat pengesahan mewakili pengunjung tersebut. Mereka yang memasuki Singapura perlu mempunyai Pas SafeTravel, manakala mereka yang mengunjungi Malaysia perlu memiliki MyTravelPass.
-Perlu melalui ujian Covid-19 di makmal bertauliah dalam masa 72 jam sebelum bertolak dan mendapatkan sijil yang mengesahkan ujian negatif.
-Mereka juga tidak akan dibenarkan menaiki pengangkutan awam di negara yang dikunjungi sepanjang tempoh kunjungan, melainkan menaiki kereta swasta, teksi atau kenderaan syarikat.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Rentas sempadan S’pura-M’sia: Apa langkah keselamatan yang dikuatkuasa?
Aug 02, 2020 | 02:58 PM