Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Presiden Halimah setuju pada prinsipnya gunakan rizab biayai Belanjawan

Setempat
27
0

Presiden Halimah setuju pada prinsipnya gunakan rizab biayai Belanjawan

Feb 16, 2021 | 09:19 PM

PRESIDEN Halimah Yacob berkata beliau setuju pada prinsipnya bulan lalu terhadap usulan pemerintah untuk mengeluarkan rizab disebabkan oleh keadaan luar biasa kini.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut pemerintah mengeluarkan wang dari rizab lalu. 

Dalam satu catatan Facebook pada Selasa (16 Feb), Puan Halimah berkata Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat telah memberi taklimat kepadanya dan Majlis Penasihat Presiden bulan lalu mengenai usulan pemerintah untuk menggunakan $11 bilion daripada rizab lalu untuk membiayai langkah bantuan jangka pendek di bawah Belanjawan 2021.

"Setelah Parlimen membahaskan Belanjawan, saya secara formal akan mempertimbangkan usulan tersebut sebelum memberikan persetujuan saya kepada Rang Undang-Undang Bekalan. DPM juga memberi penerangan kepada saya mengenai pendekatan menyeluruh pemerintah dalam jangka pertengahan. Saya akan mempertimbangkan usulan khusus pemerintah di kemudian hari, sekiranya ada keperluan lanjut untuk mengeluarkan rizab lalu, " kata Puan Halimah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3