EKONOMI & KERJA
Resipi, layanan kepada pelanggan jadi kelebihan
Pemiliki gerai 'Welcome Muslim Food' kongsi rahsia niaga terus bertahan sejak 1950-an
Terdapat banyak restoran serta gerai India/Muslim di Singapura dan hidangan seperti mi goreng, roti perata dan minuman teh tarik juga merupakan antara makanan yang amat digemari ramai penduduk setempat. Konsep perniagaan mereka juga berbeza, sama ada restoran atau gerai di pusat makanan, namun bagaimanakah mereka bersaing dan memastikan perniagaan mereka tetap berterusan, memandangkan terdapat banyak restoran serupa di serata Singapura? Wartawan HARITH MUSTAFFA (harithr@sph.com.sg) menemubual dua pemilik restoran dan gerai makanan India/Muslim.
BELIAU mula pelajari cara menghidang mi goreng dan pelbagai juadah lain seperti sup tulang dan mi kuah ketika berumur 10 tahun setelah tiba ke Singapura dari India pada 1959 bersama ayah dan adiknya.