Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Resort eko Mandai tawar pengalaman unik 'bersama' haiwan

May 24, 2019 | 05:30 AM



SELAIN menginap di tengah-tengah lima taman hidupan liar, para pengunjung yang bermalam di resort eko baru di Mandai akan berpeluang menjadi 'jurulatih' haiwan dengan bantuan penjaga-penjaga haiwan itu.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mandai Park Holdings (MPH), Encik Mike Barclay, berkata dalam satu sidang akhbar semalam bahawa resort itu akan menawarkan peluang unik bagi pengunjung untuk mengalami kegiatan pembelajaran dan bersifat amali yang kini tidak disediakan, lapor The Straits Times.



Pengunjung misalnya, boleh dibawa ke kandang gajah taman haiwan itu pada waktu malam untuk membantu penjaga haiwan membentuk "teka-taki makanan" (food puzzles) yang diletakkan di situ dan pada keesokan paginya, datang kembali untuk melihat gajah itu menarik dahan-dahan yang 'menyelubungi' makanan mereka.



Resort itu yang belum lagi dinamakan dan menghadap Upper Seletar Reservoir, akan menjadi resort pertama rangkaian hotel mewah, Banyan Tree Holdings, di Singapura apabila ia dibuka pada 2023.



Ia akan ditempatkan di tapak seluas 4.6 hektar di hujung kawasan utara-timur Mandai, yang kini terletaknya kemudahan back-of-house untuk taman hidupan liar.



Perancangan bagi resort tersebut, yang telah diumumkan buat pertama kali pada 2017, mempunyai bilik hotel serta kabin dan 'rumah pokok' yang tinggi.



Sejumlah 24 'rumah pokok' itu akan direka dalam bentuk benih dan diikat di antara pokok-pokok di sekitar resort itu, kata Mandai Park Holdings semalam.



Firma tempatan WOW Architects telah dilantik untuk mereka bentuk resort tersebut yang akan mempunyai 338 bilik.



Ia akan dimiliki Mandai Park Holdings, anak syarikat Temasek Holdings dan dikendalikan oleh Banyan Tree.



Kos projek itu tertakluk kepada tender dan masih belum ditentukan, kata Encik Barclay.



Pengerusi eksekutif Banyan Tree, Encik Ho Kwon Ping, berkata resort tersebut tidak seperti resort lain yang sudah beroperasi di serata dunia.



Ia akan menawarkan akses kepada alam semula jadi yang tidak pernah dialami pengunjung, iaitu satu 'keanehan' besar bagi sekitaran bandar seperti Singapura.



"Disebabkan ia telah dirancang dengan begitu terperinci, saya rasa tetamu kami akan menyedari bahawa ia bukan hanya hotel bandar di tengah-tangah taman Mandai sahaja," katanya.



Namun, akses tetamu akan dihadkan.



Untuk mengurangkan interaksi antara tetamu hotel dengan hidupan liar di sekeliling, penghadang setinggi dua meter akan mengelilingi resort tersebut manakala pencahayaan tahap rendah akan digunakan di laluan untuk memandu tetamu dan menghalang mereka daripada mengembara ke hutan.



Pembinaan resort itu, yang mempunyai had ketinggian bangunan empat tingkat, dijangka bermula tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >