Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Respons derma darah di luar jangkaan

Jul 17, 2022 | 05:49 PM

SATU rayuan menderma darah sedang bekalan berkurangan telah menarik respons di luar jangkaan, dengan lebih 3,300 orang tampil berbuat demikian sepanjang minggu lalu.

Ini membentuk sekitar 43 peratus kenaikan daripada sumbangan minggu-minggu biasa, kata Palang Merah Singapura (SRC).

"Kami harap momentum ini akan berterusan minggu depan agar bekalan darah naik ke tahap yang lebih sihat," kata pertubuhan kemanusiaan itu lagi.

Terletak di bangunan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) di Outram Road, Bloodbank@HSA - salah satu daripada empat bank darah di serata pulau - dibanjiri ramai orang ketika lawatan The Straits Times, Jumaat lalu. (15 Julai).

Pada 8 Julai lalu, SRC telah memohon agar lebih ramai penderma darah tampil, memandangkan bekalan bagi darah jenis A+ dan O+ semakin berkurangan.

Antara faktor yang menjejas bekalan darah negara ini ialah gelombang terkini jangkitan Covid-19.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3