PERTIKAIAN OXLEY

Respons Hsien Yang terhadap kenyataan PM Lee di Parlimen

KEDEDUA adik Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberikan respons terhadap kenyataannya di Parlimen kelmarin berkenaan pertikaian berhubung rumah di 38 Oxley Road.

Mereka mendakwa PM Lee memperdaya bapa mereka, yang juga Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, mengenai status rumah keluarga itu - bahawa pewartaan 38 Oxley Road "tidak dapat dielakkan" atau rumah tersebut sudah pun diwartakan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan