Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Respons pemerintah Indonesia untuk terima bahawa S'pura yang harus putuskan sendiri larangan 'adalah wajar'

May 24, 2022 | 05:30 AM



RESPONS pemerintah Indonesia terhadap langkah Singapura melarang kemasukan pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, adalah wajar, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



"Ia menerima bahawa Singapura yang harus memutuskan siapa yang boleh memasuki Singapura.



"Ini sememangnya wajar, seperti mana Indonesia juga yang harus memutuskan siapa yang boleh memasuki Indonesia," kata Encik Shanmugam semalam.



Malah, hak ini merupakan satu aspek asas kedaulatan.



Khamis lalu, seorang jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Dr Teuku Faizasyah berkata setiap negara berhak melaksanakan peraturan imigrasi serta berhak mengizinkan atau melarang kemasukan terhadap warga asing.



"Berdasarkan bidang kuasa dan kedaulatan undang-undang semasa, sebuah negara boleh melarang kemasukan seseorang ke wilayahnya mengikut pelbagai pertimbangan, dan sebab bagi langkah itu tidak selalunya diketahui.



"Sebagai negara berdaulat, Indonesia juga mempunyai dasar imigrasinya dan boleh melarang sesiapa yang mahu memasuki Indonesia," ujar Dr Teuku Faizasyah.



Semalam, Encik Shanmugam berkata "kebanyakan warga Indonesia, kami fikir ramai yang akur apa yang dilakukan Somad dan penyokongnya, atau apa yang benar-benar mahu dilakukan".



Encik Shanmugam juga mengulas tentang komen Abdul Somad mengenai Singapura sebagai "sebahagian daripada Tanah Melayu", yang menunjukkan mereka tidak menghormati Singapura sebagai negara lain.



"Mereka kata ini Tanah Melayu. Ini menunjukkan apa yang mereka benar-benar fikir tentang Singapura.



"Jika kita tidak lakukan apa yang mereka beritahu, mereka mengancam dengan serangan.



"Saya bersyukur ramai warga Indonesia - pegawai serta pengulas - telah menolak dakwaan ini dan mempertahankan Singapura," kata Encik Shanmugam.



Beliau juga menarik perhatian kawasan lain yang pernah melarang Abdul Somad masuk ke negara mereka, termasuk Hongkong, Timor Leste, Britain, Jerman dan Switzerland.



"Saya terfikir jika penyokong Somad juga telah mengancam China kerana beliau telah dilarang masuk ke Hongkong, dan mengancam negara Eropah lain.



"Atau hanya Singapura yang mendapat sebutan khas dan mereka hanya berani untuk mengancam Singapura, dan tidak negara lain?" kata Encik Shanmugam. - NUR ADILAH MAHBOB




ANTARA KOMEN ABDUL SOMAD



Antara komen pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara yang dianggap sebagai ekstremis, pengasingan atau tegar



SOKONG PENGGUNAAN KEGANASAN



- "Jangan katakan 'harakah intihariah', tapi katakan 'harakah istisyhadiah'. .... Zaman Sahabat Nabi pakai pedang. Zaman sekarang tak pakai pedang. Letupkan, ledakkan. Mati syahid."



MENGHINA AGAMA LAIN



- "..di dalam patung itu ada jin kafir. Makanya kita tidak boleh menyimpan patung, jin kafir itu yang mengajak... Makanya kalau keluarga kita di rumah sakit, di dalamnya ada jin kafir itu, tutup.... ambulan… lambang kafir ... hapus itu, ganti bulan sabit merah."



- "iblis hanya menggoda orang yang beriman. Makanya jarang-jarang orang kafir kerasukkan setan... Jarang, saya belom pernah nengok cina kerasukan setan. Pernah tak Ahok itu kerasukan setan? Enggak.."



BERSIFAT PENGASINGAN ATAU TEGAR



- "Orang Islam mesti jujur dan orang kafir tidak boleh jadi pemimpin. "Hai orang budiman, jangan kamu angkat orang kafir (Auliah) menjadi pemimpin." Kalau kalian angkat ia sesama kafir akan tolong menolong menyembelih leher kamu."



- "Ikuti la ulama yang dibenci kafir yang dibenci munafik. Hari ini yang paling dibenci kafir yang dibenci munafik adalah cucu daripada Rasullullah saw Habib Rizieq" (pemimpin Front Pembela Islam yang dikenali dengan pandangan tegar)



- "Orang Korea ini kafir, tak bersunat, tak mandi wajib. Berzina kerjanya. Jangan suka kepada orang kafir."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >