Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Respons sepadu perlu bagi urus alih digital peringkat sejagat: PM Lee

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT keperluan global bagi satu respons bersepadu untuk mengurus peralihan digital.



Ini termasuk menangani jurang peluang semakin luas antara mereka yang mempunyai akses digital dengan mereka yang tidak.



Kumpulan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) boleh mengetuai usaha itu.



Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu rakaman ucapan yang disiarkan semasa sidang puncak CEO Apec semalam.



Beliau berkata kumpulan 21 anggota itu, selepas memudahkan dan menambah baik perdagangan dan pelaburan merentasi sempadan, berada pada kedudukan baik untuk menerajui usaha bersepadu yang diperlukan bagi menetapkan piawaian sedang dunia beralih ke perbatasan pendigitalan selanjutnya.



Matlamatnya, untuk membolehkan lebih ramai orang menyertai secara bermakna ekonomi digital, tambah beliau.



Forum perniagaan tahunan itu berlangsung menjelang mesyuarat pada hari ini melibatkan pemimpin kumpulan perdagangan Apec, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping.



PM Lee usul empat prinsip panduan bentuk rangka kerja digital global



Encik Lee berkata dalam mewujudkan piawaian digital global, ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan - daripada isu akses data kepada risiko maklumat salah - dan beberapa perbincangan bertindih pada platform utama, di Forum Ekonomi Dunia (WEC) mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Adalah berguna untuk menyatukan mereka dengan jelas," katanya.



Beliau menawarkan empat prinsip panduan untuk membentuk rangka kerja digital global. Ia mesti ditumpukan pada peningkatan kehidupan harian orang ramai; sertakan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, daripada pemerintah hingga masyarakat sivil; tetapkan norma pelbagai disiplin dan pelbagai sektor yang sesuai bagi kerumitan cabaran digital; dan kenal pasti satu matlamat pembangunan sama sebagai asas bagi kerjasama global.



Oleh itu, Singapura menyokong cadangan PBB mewujudkan satu sistem digital global yang menggariskan prinsip bagi masa depan digital yang terbuka, boleh dikendalikan dan selamat, katanya.



Encik Lee menambah bahawa dengan peningkatan pendigitalan mendatangkan risiko lebih besar kepada ancaman siber, maka ada keperluan segera untuk menerima peraturan keselamatan siber pelbagai hala.



"Walaupun setiap ekonomi mesti mengukuhkan pertahanan siber masing-masing, kita juga memerlukan peraturan asas antarabangsa, supaya dunia digital tidak menjadi ruang anarki tanpa sebarang undang-undang kukuh," ujar beliau.



Terdahulu dalam ucapannya, Encik Lee mencadangkan cara ekonomi Apec - yang secara kolektif membentuk kira-kira 40 peratus penduduk dunia dan 60 peratus ekonomi global - boleh meluaskan skop mereka kepada pendigitalan di peringkat serantau mahupun tempatan.



Sebagai contoh, kejayaan Apec dalam integrasi ekonomi serantau - seperti dilihat dalam perjanjian perdagangan utama seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik dan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau - mesti dibawa ke bidang digital.



Perjanjian ekonomi berlandaskan digital, yang menetapkan peraturan bagi perdagangan digital antara dua atau lebih ekonomi, adalah blok pembinaan yang mungkin boleh dilakukan bagi rangka kerja lebih besar, kata Encik Lee, memetik aturan sedemikian antara Singapura dengan Australia.



Beliau berkata dengan lebih banyak ekonomi Apec menyatakan minat, kumpulan itu harus berusaha sama ada membangunkan perjanjian baru di seluruh rantau atau meluaskan perjanjian sedia ada antara Singapura, Chile dan New Zealand.



"Ini akan menjadi dimensi baru integrasi ekonomi. Ia akan membolehkan perniagaan berhubungan dengan lebih mudah merentasi sempadan dan mencapai pasaran baru dalam ekonomi digital," ujarnya.



Pada tahap tempatan, negara mesti mengubah ekonomi mereka dengan melabur dan mengguna pakai prasarana digital, sambil menyokong pendidikan dan latihan sepanjang hayat bagi membantu pekerja dan syarikat menyesuaikan diri dengan era baru.



Beliau merujuk kepada syarikat pelabuhan Singapura PSA International, yang disifatkannya sebagai "membina Internet logistik" dan "melapisi ketersambungan digital ke sambungan fizikal" - contohnya dengan mencipta wadah digital buat pengirim dan pemilik kargo untuk menjejak penghantaran dengan lebih cekap.



"Apec harus memainkan peranan penting sedang kita berusaha mengharungi gelombang digital," kata Encik Lee mengakhiri ucapannya.



Sidang puncak Apec sepatutnya diadakan di Auckland, New Zealand, tetapi telah dipindahkan dalam talian kerana Covid-19.




"Walaupun setiap ekonomi mesti mengukuhkan pertahanan siber masing-masing, kita juga memerlukan peraturan asas antarabangsa, supaya dunia digital tidak menjadi ruang anarki tanpa sebarang undang-undang kukuh."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >