Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Respons SG tangani fasa pertama Covid-19 disemak: Lawrence

May 10, 2022 | 05:30 AM



  • Jadi pengajaran agar negara lebih bersedia hadapi pandemik masa depan

  • Diketuai mantan ketua khidmat awam Peter Ho

SATU semakan terhadap respons Singapura semasa fasa pertama pandemik Covid-19 - dari bermulanya penularan hingga Ogos tahun lalu - sedang dijalankan.



Mengumumkan demikian di Parlimen semalam, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata semakan selepas tindakan (AAR) itu meneliti secara menyeluruh pengalaman Singapura dalam menangani pandemik Covid-19.



Ia juga meneliti pengajaran yang dipelajari supaya Singapura dapat lebih bersedia menghadapi pandemik seterusnya, kata Encik Wong.



Proses semakan itu akan diselia bekas ketua perkhidmatan awam, Encik Peter Ho.



Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, kali pertama mengumumkan pelan menyemak respons Covid-19 pemerintah itu pada Julai tahun lalu ketika menjawab soalan oleh Pemimpin Pembangkang, Encik Pritam Singh.



Semalam, Encik Pritam telah bertanya tentang format semakan itu dan sama ada pemerintah merancang berkongsi dapatan secara umum.



Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian menangani Covid-19, berkata Encik Teo sebelum ini telah menyatakan semakan itu akan dijalankan apabila keadaan menjadi stabil dan apabila Singapura tidak lagi menghadapi cabaran.



Beliau berkata respons pandemik Singapura sejauh ini boleh digolongkan dalam dua fasa yang luas.



"Dalam fasa pertama, iaitu dari permulaan pandemik hingga Ogos tahun lalu, kami memberi tumpuan kepada usaha membendung penularan virus.



"Selepas itu, apabila sebahagian besar penduduk di Singapura telah divaksinasi, kami mengubah pendekatan untuk belajar hidup dengan virus tersebut," kata beliau.



"Buat masa ini, pandemik masih belum berakhir, namun keadaannya telah bertambah baik. Oleh itu, pemerintah telah mula mengusahakan AAR dengan memberi tumpuan kepada fasa pertama pengalaman kita," tambah beliau.



Encik Wong berkata pemerintah akan berkongsi dapatan semakan itu selepas ia selesai dijalankan.



Bertanya soalan susulan, Encik Pritam berkata orang ramai mempunyai pengetahuan terhad atau tiada pengetahuan tentang kelemahan Singapura semasa Covid-19 dan pengajaran yang perlu dipelajari, termasuk bagaimana negara ini boleh lebih bersedia dari segi fizikal dan psikologi apabila patogen atau kecemasan lain muncul.



Beliau bertanya berapa ramai peserta akan terlibat dalam AAR itu dan sama ada ia juga akan termasuk menyemak senario dalam kesediaan kecemasan dan juga membina keupayaan pembuatan domestik dalam bidang kritikal.



Menjawab, Encik Wong berkata AAR merupakan usaha seluruh pemerintah, sambil mengulangi matlamatnya untuk belajar "dengan teliti" daripada pengalaman Covid-19 untuk mempersiapkan diri menghadapi pandemik seterusnya "yang pasti akan datang".



Beliau berkata Singapura telah mengambil pendekatan serupa dalam menyemak cara ia menangani penularan Sars pada 2003, yang membawa kepada pewujudan rangka kerja Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) dan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) ditubuhkan.



"Pengajaran yang kami harap dapat diperoleh daripada AAR ini adalah meluas dan akan merangkumi bagaimana kita boleh menjadi lebih berdaya tahan sebagai sebuah negara - bagaimana kita boleh mempertingkat rantaian bekalan kita, bagaimana kita boleh mempertingkat daya ketahanan nasional kita dalam pelbagai bidang," tambah Encik Wong.



Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, bertanya sama ada semakan itu akan merangkumi penilaian terperinci tentang $100 bilion yang diperuntuk untuk memerangi Covid-19 sejak dua tahun lalu.



Menjawab, Encik Wong berkata tumpuan semakan itu adalah pada "isu kepentingan strategik dan nasional".




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >