Restoran, katerer terlibat dalam kejadian keracunan makanan besar-besaran akan hadapi hukuman lebih berat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Restoran, katerer terlibat dalam kejadian keracunan makanan besar-besaran akan hadapi hukuman lebih berat

Dec 21, 2018 | 04:20 PM

PENGENDALI pertubuhan makanan kini akan menghadapi hukuman lebih berat jika mereka terlibat dalam kejadian keracunan makanan besar-besaran. 

Ini sedang pihak berkuasa menggesa mereka memikul tanggungjawab lebih besar bagi piawaian kebersihan makanan berikutan kes baru-baru ini yang menyebabkan satu kematian.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) akan meningkatkan denda bagi pelanggaran sedemikian, dan lebih banyak pengendali makanan yang melakukan kesalahan akan didakwa di mahkamah.

NEA dan AVA juga akan meminta hukuman pencegahan untuk dikenakan oleh mahkamah, di mana perlu.

Buat masa ini, pesalah kali pertama di bawah Akta Kesihatan Awam Sekitaran menghadapi denda maksimum $10,000, manakala pesalah berulang menghadapi denda sehingga $20,000, penjara tiga bulan atau kedua-duanya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini antara langkah yang pihak berkuasa akan ambil dengan serta-merta bagi lebih melindungi kesihatan awam dan mengukuhkan rejim keselamatan makanan Singapura, kata NEA dan AVA dalam satu kenyataan bersama hari ini (21 Dis).

Langkah ini menyusuli empat kes penularan keracunan makanan besar-besaran bulan ini dan bulan lalu yang menjejas sekitar 600 orang.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map