Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Restoran Subway terima sijil halal Muis

Aug 31, 2018 | 06:34 PM



RESTORAN makanan segera, Subway, akhirnya akan meraih pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan akan memaparkannya mulai esok selepas 18 bulan syarikat itu menjalani proses mendapatkan pensijilan itu.



Sijil halal itu adalah bagi 131 cawangan Subway di serata pulau.



Cawangan Subway Wisteria Mall di Yishun Avenue 4 bagaimanapun belum lagi menerima sijil tersebut.



Namun, buat masa ini tidak dapat dipastikan bila proses pensijilan halal bagi cawangan itu akan selesai.



Pengarah Negara Asia Tenggara Subway, Encik Samad Shariff, 50 tahun, berkata langkah mendapatkan pensijilan itu diambil kerana pihaknya ingin “bersikap inklusif” kepada seluruh rakyat setempat dan 

asing.



“ Sebelum ini memang banyak pertanyaan yang diaju kepada kami sekiranya Subway akan memilih mendapatkan pensijilan halal.



“ Akhirnya selepas perbincangan diadakan, kami ambil keputusan untuk meluaskan pengalaman Subway kepada lebih ramai pelanggan.



“Tambahan pula profil pelanggan Subway cukup luas, termasuk penduduk setempat dan pelancong asing daripada rantau ini serta luar negara, dengan sesetengah mereka mematuhi prinsip Muslim semasa membeli makanan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >