Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Restoran Subway terima sijil halal Muis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Restoran Subway terima sijil halal Muis

Proses dapatkan sijil halal berlangsung selama 18 bulan
Sep 01, 2018 | 05:30 AM



RESTORAN makanan segera, Subway, akhirnya meraih pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), hari ini selepas 18 bulan syarikat itu menjalani proses mendapatkan pensijilan itu.



Sijil halal itu adalah bagi 131 cawangan Subway di serata pulau.



Cawangan Subway Wisteria Mall di Yishun Avenue 4 bagaimanapun belum lagi menerima sijil tersebut.



Namun, buat masa ini tidak dapat dipastikan bila proses pensijilan halal bagi cawangan itu akan selesai.



Pengarah Negara Asia Tenggara Subway, Encik Samad Shariff, 50 tahun, berkata langkah mendapatkan pensijilan itu diambil kerana pihaknya ingin "bersikap inklusif" kepada seluruh rakyat setempat dan asing.



"Sebelum ini memang banyak pertanyaan yang diaju kepada kami sekiranya Subway akan memilih mendapatkan pensijilan halal.



"Akhirnya selepas perbincangan diadakan, kami ambil keputusan untuk meluaskan pengalaman Subway kepada lebih ramai pelanggan.



"Tambahan pula profil pelanggan Subway cukup luas, termasuk penduduk setempat dan pelancong asing daripada rantau ini serta luar negara, dengan sesetengah mereka mematuhi prinsip Muslim semasa membeli makanan.



"Kini pelanggan restoran kami di Singapura dijanjikan dengan produk halal dan bermutu juga," katanya semasa ditemui wartawan.



Subway, yang diasaskan di Amerika Syarikat hampir 52 tahun lalu dan mempunyai sekurang-kurangnya 262 pekerja Muslim di Singapura, dimulakan di sini sejak 22 tahun lalu.



Cawangan Subway yang pertama di sini dibuka di Lau Pa Sat pada 1996 dan yang terkini di Wisteria Mall di Yishun Avenue 4 yang menawarkan rekaan lebih "segar" dengan logo baru.



Dalam laman Twitternya awal tahun ini, Muis mengesahkan bahawa rangkaian makanan segera itu telah "menunjukkan minat" memohon bagi pensijilan halal.



Subway telah mendapatkan khidmat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Konsultan Utama HalalHub Consultants Pte Ltd, Ustaz Azmi Abdul Samad, dalam proses permohonan pensijilan halal itu.



Antara lain, Subway terpaksa menjalani proses menukar bahan-bahan yang tidak halal dan mendapatkan bekalan halal serta menjalani proses sertu.



Encik Samad menambah bahawa meskipun terdapat kos yang perlu ditanggung Subway semasa proses memperoleh pensijilan itu berlangsung, namun kos itu tidak akan "dipindahkan" kepada pelanggan.



Encik Samad, yang berpengalaman selama 30 tahun dalam restoran makanan segera, sebelum ini pernah bekerja di rangkaian restoran McDonald's hampir 20 tahun, sebelum berpindah ke Burger King selama lima tahun dan kemudian ke A&W pula selama lima tahun lagi.



Bapa empat anak yang berusia antara tiga setengah tahun dengan 12 tahun itu kini mengetuai sehingga 500 cawangan Subway di Thailand, Filipina, Vietnam, Malaysia selain Singapura di bawah jagaannya.



Sasaran Subway selanjutnya ialah Indonesia, tambah Encik Samad.



Pada ketika ini, Subway mempunyai sekitar 45,000 cawangan di 112 negara di serata dunia.



Subway Singapura dibuka antara 10 pagi dengan 10 malam dan menawarkan pilihan luas sanwic, wrap, dan salad bagi memenuhi keperluan diet lebih ramai penduduk di sini.




"Sebelum ini memang banyak pertanyaan yang diaju kepada kami sekiranya Subway akan memilih mendapatkan pensijilan halal.

Akhirnya selepas perbincangan diadakan, kami ambil keputusan untuk meluaskan pengalaman Subway kepada lebih ramai pelanggan... Kini pelanggan restoran kami di Singapura dijanjikan dengan produk halal dan bermutu juga."

- Pengarah Negara Asia Tenggara Subway, Encik Samad Shariff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >