Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Retorik ekstremis bawa padah; SG ambil pendekatan sifar toleransi

SM Teo: Perlu ada usaha untuk memastikan masyarakat berdaya tahan terhadapnya, lebih-lebih lagi ucapan kebencian di dalam talian
Jun 02, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap ucapan berbaur kebencian dan meskipun negara ini tidak dapat menyekat sepenuhnya apa yang terdapat di dalam talian, tetapi negara ini boleh menghalangnya daripada memasuki Singapura secara fizikal.



Berkata demikian, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, menekankan bahawa retorik ekstremis mempunyai padahnya dan perlu ada usaha untuk memastikan masyarakat berdaya tahan terhadapnya, lebih-lebih lagi di dalam talian.



"Masyarakat kita, terutamanya golongan muda, harus tahu mendapatkan bimbingan daripada pihak berkuasa agama yang boleh dipercayai, dan menolak ekstremisme dan ucapan (berbaur) kebencian," ujarnya.



Encik Teo berkata demikian menerusi satu ucapan video yang disampaikan di rahat tahunan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang ke-17 semalam.



Beliau memberi contoh bagaimana pendakwah Indonesia Abdul Somad Batubara - yang dilarang masuk ke Singapura sebelum ini atas ajarannya yang bersifat ekstremis dan pengasingan - telah menghasut penyokongnya agar membuat kacau terhadap Singapura di media sosial.



Mereka mengadakan bantahan di luar misi Singapura di Jakarta dan Medan selain menuntut agar Singapura meminta maaf.



Malah, ada di kalangan penyokongnya yang mendesak agar tindakan ganas diambil terhadap Singapura dan rakyatnya.



Encik Teo berkata dakwaan Islamofobia mereka juga tidak berasas.



"Singapura mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap ucapan (berbaur) kebencian tidak kira sama ada ianya disebarkan oleh (paderi) Kristian atau Ustaz Muslim," ujarnya.



Rahat RRG yang berlangsung di Shangri-La Rasa Sentosa itu dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, selaku tetamu terhormat.



Rahat RRG yang berlangsung dari 30 Mei hingga semalam disertai lebih 250 anggota RRG serta keluarga mereka.



Ini merupakan kali pertama RRG dapat menganjurkan semula rahat itu sejak pandemik Covid-19 menular.



Semasa bercakap dengan media, naib pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata ancaman utama yang wujud sekarang bukan sekadar pengganasan dan keganasan politik, tetapi orientasi yang boleh menjejas kestabilan masyarakat.



Orientasi itu termasuk sifat eksklusif, pandangan pengasingan, sentimen anti agama, xenofobia dan sifat perkauman.



"Oleh itu, terdapat keperluan bagi kepimpinan agama (yang kukuh) dan adalah penting RRG memahami orientasi serta ancaman ini dengan lebih mendalam.



"Sekiranya gagal menangani orientasi dan ancaman ini, ini boleh menyebabkan pengganasan dan keganasan," ujarnya.



Dr Mohamed turut menarik perhatian individu dan pertubuhan ekstremis yang mengeksploitasikan wadah media sosial untuk menyebarkan pandangan sedemikian termasuk dalam bentuk ucapan berbaur kebencian, sifat pengasingan dan juga pengaruh asing.



"Oleh itu, satu kes baru-baru ini melibatkan seorang pendakwah asing merupakan satu contoh betapa pentingnya keharmonian kaum dan agama di Singapura... dan ini yang harus kita jaga dan pastikan demi kestabilan masyarakat dan negara," tambahnya.




“Masyarakat kita, terutamanya golongan muda, harus tahu mendapatkan bimbingan daripada pihak berkuasa agama yang boleh dipercayai, dan menolak ekstremisme dan ucapan (berbaur) kebencian... Singapura mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap ucapan (berbaur) kebencian tidak kira sama ada ianya disebarkan oleh (paderi) Kristian atau Ustaz Muslim.”
- Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >