Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Rezeki' si comel...

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



MEREKA kali pertama bertemu pada 13 Januari lalu dalam keadaan yang agak cemas - apabila Cik Mastura Kassim kesakitan hendak bersalin.



Sekitar dua minggu kemudian, Cik Mastura dan suaminya, Encik Rahimin Zakaria, kededuanya 41 tahun, bertemu kembali dengan pasangan yang tidak dikenali yang telah menghantar mereka ke hospital hingga Cik Mastura dapat melahirkan dengan selamat.



Sabtu lalu, dua keluarga itu bertemu dalam keadaan lebih tenang dan ceria, dengan cahaya mata yang baru dilahirkan itu berada dalam dukungan Cik Mastura.



Beliau dan suaminya telah menerima kunjungan istimewa daripada pasangan suami isteri tersebut, Encik Jamaludin Mohamed Talib, 37 tahun, dan Cik Norfadilla Ahmat Jaafar, 32 tahun, yang pada 13 Januari lalu segera membantu apabila Cik Mastura dan Encik Rahimin menghadapi kesukaran mendapatkan kenderaan untuk ke hospital.



Semasa kunjungan Sabtu lalu itu, Encik Rahimin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Encik Jamaludin dan Cik Norfadilla, yang kededuanya bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan Grab.



"Kali terakhir kami berjumpa adalah pada hari kejadian itu. Kami kini sudah menjadi kawan dan saya harap persahabatan ini akan berterusan," ujar Encik Rahimin, seorang penyelaras penerbangan kanan.



Encik Jamaludin pula berkata beliau dan isterinya Cik Norfadilla sebenarnya ingin mengunjungi pasangan itu lebih awal, namun mendapat tahu bahawa anak kedua Encik Rahimin dan Cik Mastura itu harus menjalani pemeriksaan penyakit kuning dan mereka sibuk ke poliklinik sepanjang dua minggu lepas.



Oleh itu, Encik Jamaludin dan isterinya terpaksa menangguh pertemuan mereka itu.



Akhirnya, mereka dapat berjumpa semula Sabtu lalu.



"Saya sangat gembira dapat berjumpa semula, bersama dengan bayinya sekali," kata Encik Jamaludin yang telah membawa set hadiah baju berwarna merah jambu untuk bayi perempuan itu.



Dua pasangan itu juga mendapati bahawa mereka mempunyai rakan yang saling dikenali, dan telah berborak mengenai pengalaman mereka dalam seni dikir barat sebelum itu.



Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian di media sosial apabila Encik Rahimin, yang tersentuh dengan bantuan yang dihulurkan itu, menguar-uarkan perbuatan Encik Jamaludin dan Cik Norfadilla dalam satu catatan di Facebook.



Menurut Encik Jamaludin, selepas pos Encik Rahimin menjadi tular, beliau mendapati beberapa orang yang mengecamnya daripada pos itu.



Encik Rahimin akur tanpa bantuan Encik Jamaludin dan Cik Norfadilla pada hari itu, isterinya mungkin terpaksa menahan kesakitannya untuk lebih lama.



"Saya sangat terhutang budi kepada Encik Jamaludin dan isteri. Saya percaya, jika kami mudahkan urusan orang lain, urusan kami juga akan dimudahkan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >