Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ribena tarik balik kordial ekoran maklum balas, siasatan sedang dijalankan

Nov 11, 2020 | 03:44 PM



KORDIAL minuman Ribena® Blackcurrant Fruit Cordial Bottles dalam botol 1 liter dan 2 liter telah ditarik balik ekoran maklum balas rupa dan rasa air minuman tersebut berbeza walaupun belum tiba tarikh luputnya.



Suntory Beverage & Food Singapore, syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan pengedaran minuman Ribena di sini mengumumkan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (11 Nov).



Ia berkata bahawa beberapa maklum balas telah diterima berkaitan produk-produk tersebut dan sedang melakukan siasatan pada "rangkaian pengeluaran dan pengedaran Ribena® Blackcurrant Fruit Cordial Bottles untuk menentukan puncanya".



Siasatan awal mendapati peratusan kecil dalam pengeluaran air minuman tersebut dengan tarikh luput dari 17 Ogos 2021 hingga 16 Oktober 2021 terjejas.



"Kesejahteraan pengguna adalah keutamaan nombor satu kami. Menunggu hasil siasatan, sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah membuat keputusan proaktif untuk melakukan penarikan secara sukarela Ribena® Blackcurrant Fruit Cordial Bottles dengan tarikh luput dari 17 Ogos 2021 hingga 16 Oktober 2021," kata kenyataan tersebut.



Ia menambah bahawa meskipun tidak semua botol terjejas, pengguna dinasihatkan untuk tidak minum produk tersebut jika ia kelihatan berbeza atau rasanya tidak seperti biasa.



Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian hotline pengguna di 1800-645-9551 (9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum) atau hantarkan e-mel kepada marketing.sg@suntory.com untuk maklumat lanjut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >