Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ribuan berkumpul saksi gerhana matahari

Masjid dirikan solat sunat, gerhana selanjutnya dijangka 2063
Dec 27, 2019 | 05:30 AM



RIBUAN orang berkumpul di serata Singapura semalam untuk menyaksikan gerhana matahari annulus, yang lebih dikenali sebagai gerhana matahari cincin atau lingkaran berapi.



Meskipun gerhana bermula pada 11.27 pagi, segelintir warga sudah pun berkumpul lebih awal di pelbagai lokasi untuk mengikuti acara anjuran kumpulan dan pertubuhan yang berbeza.



Sementara itu, masjid di serata negara turut mengadakan solat sunat kusuf, yang juga dikenali sebagai solat gerhana matahari.



Antaranya termasuk Masjid Kassim di Changi Road, Masjid Darussalam di Commonwealth Avenue West, Masjid Darul Ghufran di Tampines serta Masjid Yusof Ishak di Woodlands.



Solat sunat itu diadakan selepas solat zuhur dan diikuti dengan khutbah.



Masjid Darussalam, misalnya, menyediakan ruang bagi jemaah yang ingin meraih pengalaman menyaksikan fenomena ini menggunakan teleskop dan cermin mata khas.



Menyampaikan khutbah bertajuk 'Menghayati Tanda Kebesaran Allah Swt Dalam Fenomena Gerhana' selepas memimpin solat gerhana matahari di Masjid Kassim semalam, Ustaz Muhammad Azim Mohd Foad menarik perhatian bahawa fenomena ini juga bertujuan mengingatkan insan akan kebesaran Allah swt.



"Semasa menyaksikan fenomena ini, kita digalak mendirikan solat sunat, berdoa, bertaubat, banyak bersedekah dan sebagainya.



"Ini sebenarnya perkara biasa yang umat Islam digalak lakukan, tetapi dengan fenomena seperti gerhana ini, ia satu peringatan bagi kita untuk melakukan perkara yang baik dan ingat akan kebesaran Allah swt," ujarnya sambil menambah, lebih 300 jemaah hadir menunaikan solat gerhana matahari di masjid itu.



Segenap lapisan warga turut berkumpul di pelbagai tempat lain untuk menyaksikan kemuncak gerhana pada 1.23 tengah hari.



Ketika gerhana matahari anulus, sebahagian kecil matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari bulan yang gelap di tengah-tengahnya.



Di Pusat Sains Singapura, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu dari dekat menggunakan teleskop yang disediakan.



Sekitar 6,000 cermin mata khas turut disediakan untuk orang ramai yang hadir menyertai acara itu.



Di Maktab Rendah Nasional (NJC) pula, lebih 1,000 orang berhimpun untuk menyaksikan fenomena astronomi yang jarang sekali berlaku itu.



Sementara itu, sekitar 5,000 orang pula membanjiri PAssion WaVe @ Jurong Lake Gardens untuk menyaksikan gerhana matahari yang berlangsung sehingga 3.18 petang itu.



Antara tempat lain yang dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena tersebut termasuk imPAct@Hong Lim Green, Kebun Baru Spring Amphitheatre di Ang Mo Kio, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Marina Barrage.



Fenomena ini dijangka hanya dapat dilihat di Singapura 44 tahun lagi iaitu pada 2063.



Kali terakhir gerhana matahari cincin seperti ini dapat dilihat di Singapura ialah lebih 20 tahun lalu iaitu pada 22 Ogos 1998.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >