KASTAM Singapura telah menyerahkan lebih 77,850 botol vodka palsu kosong, 18 kotak tutup botol dan 10 kotak label kepada wakil perundangan pemilik jenama arak itu untuk dihapuskan.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kastam Singapura berkata barang-barang palsu yang dikirim ke sebuah syarikat di Singapura itu dirampas Jun lalu.