Ribuan ikan mati dekat jeti Lim Chu Kang, disyaki kerana cuaca terik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ribuan ikan mati dekat jeti Lim Chu Kang, disyaki kerana cuaca terik

May 01, 2019 | 04:00 PM

Cuaca lebih panas kebelakangan ini disyaki menyebabkan ribuan ikan mati di perairan berhampiran jeti Lim Chu Kang dan ladang menternak ikan berhampirannya.

Pegawai perhubungan di Persatuan Penternak Ikan Singapura Simon Ho berkata ikan mula timbul di kawasan itu sekitar dua tiga hari lalu.

“Saya percaya ikan mati kerana suhu lebih tinggi, yang menyebabkan kandungan oksigen dalam air merosot.” kata Encik Ho.

Menambah, beliau berkata penternak ikan di kawasan itu menghantar motobot untuk mengutip dan membuang bangkai ikan.

Sekitar empat atau lima ladang ternakan terjejas, dengan masing-masing berkata mengalami kerugian antara $3,000 dengan $4,000, atau secara purata, sekitar satu atau dua tan ikan.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut Encik Ho, kematian seperti ini biasanya berlaku ‘satu dua kali’ setahun dan bukan perkara ‘luar biasa’.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map