Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ribuan kecewa apabila telefon Huawei dikatakan kehabisan stok

Jul 27, 2019 | 05:30 AM



RIBUAN pelanggan telah ke 27 kedai Huawei bagi mendapatkan telefon bimbit $54 yang ditawarkan pagi semalam.



Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi tidak tenteram apabila mereka diberitahu bahawa telefon bimbit tersebut kehabisan stok.



Pihak polis terpaksa dipanggil untuk menguruskan orang ramai yang tidak puas hati dengan berita tersebut.



Menurut laporan The Straits Times, salah seorang yang telah ke kedai Huawei di Blok 201B Tampines Street 21 pada 8.30 pagi, Encik Loh Yew Meng, mendapati orang ramai sudah mula beratur.



Terdapat nota yang menyatakan telefon bimbit yang ditawarkan itu sudah habis dijual.



Hal tersebut membingungkannya kerana cawangan tersebut hanya dibuka pada 11 pagi.



Beliau kemudian ke satu lagi cawangan di Blok 503 Tampines Central 1, dan mendapati keadaan serupa.



"Saya tak puas hati dengan keadaan ini.



"Macam mana mereka boleh beritahu orang ramai yang stok sudah kehabisan kalau kedai pun belum dibuka dan promosi pun belum mula?



"Adakah mereka nak tipu orang dan menggunakan ulang tahun ke-54 negara untuk tujuan itu?'' kata Encik Loh.



Tawaran itu yang menawarkan telefon bimbit Huawei Y6 Pro 2019 pada harga $54 kepada warga Singapura dan penduduk tetap yang berusia 50 tahun ke atas, bermula semalam hingga Ahad nanti.



Harga asal telefon bimbit itu ialah $198.



Huawei berkata sebelum ini bahawa tawaran tersebut adalah bagi "menyambut generasi yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara, dan merupakan satu tanda penghormatan tepat pada masa Singapura menyambut Hari Kebangsaan ke-54".



Berikutan kejadian kurang menyenangkan itu, Huawei telah mengeluarkan permohonan maaf di Facebooknya.



"Kami minta maaf. Disebabkan permintaan terlalu tinggi bagi tawaran NDP $54 Y6 Pro 2019, kami tidak dapat memberi majoriti daripada anda tawaran ini," kata syarikat itu.



Ia turut menasihati orang ramai agar tidak ke 27 cawangannya kerana kesemua unit produk berkenaan telah habis dijual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >